Kebanyakan Rakyat Malaysia Tidak Faham Maksud dan Definisi Pendidikan Seks dan Pemahaman serta Pengetahuan yang Sempit menjadi punca berlakunya Bantahan dan Tentangan dalam usaha mewujudkan Mata Pelajaran Pendidikan Seks di Malaysia. Cadangan memperkenalkannya Subjek Pendidikan Seks di sekolah bermula tahun 2016 telah mendapat bantahan awal. Isu Pendidikan Seks di Malaysia Kembali Panas.
Sedangkan ketika ini Perdebatan Hebat berlaku di United Kingdom mengenai sama ada pendidikan seks perlu dijadikan mata pelajaran wajib untuk kanak-kanak seawal usia lima tahun. Sedangkan Malaysia bukan untuk kanak-kanak seawal usia itu, tetapi untuk remaja berumur 16 tahun. Itu pun mendapat tentang hebat walaupan masih dalam perancangan.
Sebelum ini, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim dilaporkan berkata yang pendidikan seks akan diajar kepada remaja di sekolah-sekolah mulai tahun depan dan akan diajar kepada remaja yang berumur 16 dan ke atas, dengan modulnya disasarkan kepada remaja lelaki untuk membantu mereka memahami kesihatan reproduktif dan seksual, yang katanya dapat membendung masalah-masalah sosial yang memberi kesan kepada struktur keluarga.
Tentangan dalam Mewujudkan Pendidikan Seks di Sekolah
- PAS yang merasakan golongan muda akan menggunakannya untuk mewajarkan tindakan melayari laman pornografi.
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan yang pendidikan seks tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan tanpa kelulusannya.
Akar bantahan adalah berpunca dari perbezaan pendapat mengenai Pendidikan Seks, sedangkan mereka tidak jelas mengenai maksud sebenar pendidikan seks yang cuba diperkenalkan di Malaysia ini.
Kurikulum Pendidikan Seks di Sekolah Malaysia tidak melibatkan seks luar nikah, pergaulan, pelacuran, anak-anak haram dan sebagainya. Mata pelajaran Pendidikan seks dalam pendidikan melibatkan hormat, perbezaan di antara sentuhan tidak selamat dan sentuhan selamat, siapa yang sebenarnya boleh menyentuh anda, di mana anda boleh disentuh, di mana anda tidak boleh disentuh, siapa yang anda cari apabila berlakunya perkara-perkara buruk dan siapa yang boleh dipercayai.
Murid Sekolah yang meningkat Remaja akan belajar tentang akibat seks dan aspek agama seks di luar nikah, kerana tidak ada agama yang menggalakkannya. Ia juga akan mengajar mereka tentang perbuatan rogol berkanun. Seksyen 375 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa seorang lelaki dikatakan melakukan rogol berkanun apabila dia melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dengan atau tanpa izinnya, apabila wanita itu berusia di bawah 16 tahun. Hukuman rogol berkanun adalah penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Jelas sekali kedua-dua lawan dan penyokong pendidikan seks tidak memahami definisi pendidikan seks, dan itulah sebabnya mereka bertelagah. Oleh itu Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus menerangkan kepada orang ramai definisi dan skop pendidikan seks, supaya ia tidak menjadi satu teka-teki.
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email