<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Kurikulum Pendidikan Seks di Sekolah Malaysia

Perlukah KPM wujudkan Mata Pelajaran Seks di Malaysia. Rancangan mewujudkan Subjek Pendidikan Seks di Sekolah dalam Kurikulum Pendidikan Malaysia. Menurut Menterinya, Proses perbincangan ilmiah itu merangkumi pelbagai aspek. Hasilnya akan digabungkan untuk mendapat input tepat bagi mencapai pembentukan pendidikan yang bersesuaian dengan Pendidikan Seks.

Kurikulum Pendidikan Seks di Sekolah Malaysia

Perlukah Pendidikan Seks untuk Masa Depan Negara

Walaupun Malaysia ingin Mencapai Sistem Pendidikan Alaf ke-21 dan Murid-muridnya memiliki Pemikiran Aras Tinggi. Namun pada pandangan pribadi saya, Perancangan Pendidikan Seks oleh KPM ini terlalu Dramatik kerana Kontroversi Subjek Pendidikan Kesihatan KSSR Tahun 5 baru-baru ini masih hangat dibincangkan. Isu Buku Teks Pendidikan Kesihatan timbul setelah beberapa maklumat dan gambar dikatakan kurang sesuai dengan tahap dan norma timur murid-murid di Malaysia. - Hootoh Pendidikan

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seks di Malaysia

Sukatan pelajaran bagi pendidikan seks itu perlu dirancang dengan sebaiknya kerana ia melibatkan aspek kehidupan para pelajar. Perancangan kurikulum yang dilakukan turut melibatkan perihal pengkhususan penulisan buku teks atau Subjek Pendidikan Seks ini akan diperkenalkan sebagai subjek yang berasingan atau digabungkan dengan subjek lain.

Timbalan Menterinya, Datuk Mary Yap Kain Ching memaklumkan Kurikulum Pendidikan Seks untuk Sekolah Malaysia masih dalam Proses perbincangan. Namun melihat ulasan yang menyentuh Sukatan Pelajaran untuk Pendidikan Seks hingga Pengkhususan penulisan Buku Teks Pendidikan Seks seolah-olah Mata Pelajaran Pendidikan Seks akan mula diajar kepada murid-murid di Malaysia. Sumber Pelajaran Seks untuk Murid Malaysia.

Pendidikan Seks dalam Kurikulum Pendidikan Malaysia

Setakat ini, Sistem Pendidikan di Malaysia masih belum ada sukatan pelajaran atau modul tepat khusus dan Kurikulum untuk Mata Pelajaran pendidikan seks. Namun Kementerian akan melihat kepada keperluan utama sebelum membentuk kesedaran berkenaan pendidikan seks kepada guru dan murid-murid di Malaysia. Bookmark Kurikulum Pendidikan Seks di Sekolah Malaysia untuk update perkembangan terkini. Click pautan Isu Pendidikan Seks di Malaysia Kembali Panas untuk membaca Respon Awal cadangan Mata Pelajaran Seks di Malaysia.
Previous
Next Post »