<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Isu Pendidikan Seks di Malaysia Kembali Panas

Perdebatan mengenai Mata Pelajaran Pendidikan Seks di Malaysia kembali Panas. Malah telah timbul Persoalan samaada Pendidikan Seks patut diajar di sekolah-sekolah Malaysia dan Bilakah waktu yang sesuai untuk di ajar di sekolah kini bertambah hangat dibincangkan di laman sosial jugadi dunia realiti.

Isu Pendidikan Seks di Malaysia Kembali Panas

Merujuk Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Pendidikan seks akan diajar di sekolah bagi pelajar berusia 16 tahun ke atas Bermula tahun 2016. Modul pembelajaran akan mensasarkan pelajar lelaki untuk membantu mereka memahami kesihatan seksual dan pembiakan, dan boleh mengurangkan masalah sosial yang menjejaskan struktur keluarga.

Tercetus Kembali Kontroversi Pendidikan Seks di Malaysia

Kontroversi Mata Pelajaran Pendidikan Seks di Malaysia kembali hangat dibincangkan berpunca dari kenyataan terbuka berbunyi pendidikan seks akan diajar kepada pelajar sekolah pada masa akan datang yang dinyatakan oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat (KWKPM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Manakala pengerusi Kumpulan Tindakan Pendidikan Ibu Bapa (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim telah mendedahkan punca di sebalik bantahan ini. Rujuk: Pendidikan Seks Punca Bantahan.

Respon awal dari kenyataan terbuka mengenai pendidikan seks akan diajar kepada pelajar sekolah telah mendapat respon awal dari Parti Islam PAS yang merasakan keputusan KWKPM akan mendatangkan lebih banyak mudarat, memandangkan golongan muda akan menjadikan pendidikan seks sebagai alasan melayari laman lucah. Manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata kerajaan tidak boleh melaksanakannya tanpa kelulusan mereka.

Sehubungan itu, Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa mengulas kenyataan Parti Islam PAS, Tanpa pendidikan seks pun, negeri anda (Kelantan) mencatat jumlah paling ramai melayari laman lucah. Malah kes seksual yang tidak berlaku di negeri lain, terjadi di sana. Dan itu belum mengira anak muda yang merentasi sempadan ke Golok, Thailand, yang terkenal sebagai pusat pelacuran.

Statistic Pengguna Malaysia melayari Laman Porno

Statistic melayari laman Porno yang dikeluarkan syarikat video atas talian, Pornhub tahun lalu dikeluarkan kembali. Yang mana Pornhub mendedahkan, pengguna internet di Kota Bharu mencatat tempat ketiga paling lama melayari laman lucah, selepas Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu. Selain merujuk kes pelajar berumumr 15 tahun yang dilaporkan dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaku di sebuah rumah tinggal di Kelantan. Malah, antara yang ditahan kemudian termasuklah seorang lelaki dan dua anak lelakinya.

Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) yang menyatakan; Tanpa pendidikan seks, bagaimana untuk tahu tentang penyakit jangkitan seksual (STD) Bagaimana perempuan akan tahu tentang kaedah mengelakkan diri daripada mengandung? Mengawal dan Menahan Diri adalah tindakan paling ampuh dalam menangani masalah berkaitan seks; seperti kahwin paksa, STD dan lain-lain.

Tiba Masanya Pendidikan Seks Diperkenalkan

Persoalannya adalah bagaimana Pendidikan Seks dapat diajar kepada golongan muda secara berkesan. Ia tidak boleh dilakukan melalui ceramah di masjid. Kita tidak boleh lari daripada hakikat, bahawa hormone orang muda akan menyebabkan mereka bereksperimen dengan biologi

Ramai yang menyokong dan bersetuju dengan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat yang ingin memperkenalkan Pendidikan Seks Islam dan mengajar golongan muda Menahan Diri berbanding cadangan terdahulunya, Pendidikan Seks patut diberikan kontrak (mengajar) kepada Obedient Wives Club (OWC).

Seks adalah Seks

Satu hakikat harus diterima terlebih dahulu. Seks adalah seks. Tidak mungkin seseorang boleh membezakan antara seks Islam dengan seks Yahudi, atau apa sahaja cara seksual yang lain. Pembiakan manusia hanya boleh dilakukan dengan satu cara

Manakala Jakim yang menyatakan bahawa kerajaan perlu mendapat kelulusannya terlebih dahulu sebelum memperkenalkan subjek itu dianggap satu kenyataan yang tidak sepatutnya. Jakim bukan pengawal moral rakyat. Mereka boleh memberi nasihat tentang menunaikan haji, misalnya. Namun tidak pada Pendidikan Seks, apatah lagi untuk meletakkan sekatan, dan mengatakan kelulusan mereka diperlukan untuk semua hal, terutama dalam hal duniawi seperti pendidikan seks.

Kementerian Pendidikan pula dalam proses perbincangan peringkat kementarian berhubung rancangan itu. Namun pada masa ini belum ada modul atau sukatan pelajaran yang lengkap untuk pendidikan seks di sekolah. Baca Respon KPM mengenai isu ini di Kurikulum Pendidikan Seks di Sekolah Malaysia.

Namun, jika diingat kembali Pada tahun 2010, diumumkan bahawa pendidikan seks akan diperkenalkan pada tahun 2011, selepas ia pada awalnya dibatalkan ekoran bantahan daripada kumpulan agama yang konservatif dan guru yang terbeban dengan tugas sedia ada. Ia Jelas Pelajaran Pendidikan Seks di Malaysia bukannya sesuatu yang mudah untuk diselesaikan.
Previous
Next Post »