<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Statistik Pelacuran Malaysia No 8 Dunia Ranking Palsu

Malaysia tempat ke 8 dalam Ranking Palsu Negara Bilangan Pelacur Paling Ramai di Dunia. Menurut Denis Foynes, beliau tidak yakin dengan kebenaran "Ranking Malaysia No 8 bilangan Pelacur teramai di dunia". Ia mungkin Ranking Palsu  tetapi jika merujuk statistik dari data-data yang dimilikinya terdapat kira-kira tiga juta orang memilih Malaysia untuk pelancongan seks setiap tahun.

Melihat Nisbah 52 pekerja seks bagi setiap 10,000 rakyat Malaysia. Ada kemungkinan yang besar untuk tahun-tahun yang mendatang, Thailand akan ketinggalan jauh. Siapakah Denis Foynes: International Researcher and Country Analyst and Journalist IPS Inter Press Service.

Statistik Pelacuran Malaysia No 8 Dunia Ranking Palsu
   
Walaupun Kedudukan Malaysia No 8 dalam Kedudukan Negara memiliki Bilangan Pelacur Teramai adalah ranking yang tiada kesahihan, namun Industri Pelacuran di Malaysia dianggarkan akan berkembang pesat untuk di masa hadapan. Keyakinan itu dapat dirasakan bila Agensi Pelancongan Seks (Agensi Pelancongan + Pakej Seks) mulai menyenaraikan nama Malaysia sebagai destinasi pilihan dalam pekej promosi syarikat mereka.

Tekanan Amerika Tidak Menggugat Malaysia

Walaupun Amerika Syarikat Menyenarai Hitam Malaysia dengan Isu Kesihatan Pelacur yang rendah dan Moral Pelacur Malaysia yang buruk. Namun segala tekanan dari Amerika itu tidak menghalang Kegiatan Pelacuran di Malaysia dari terus berkembang.

Pelacuran di malaysia tidak sah dan menyalahi undang-undang. Budaya Masyarakat Malaysia juga menentang pelacuran selain tidak dibenarkan dalam kumpulan agama rasmi. Ketetapan ini tidak menjadi penghalang dalam Industri Seks di Malaysia.

Tidak Menghalalkan Pelacuran dan Tidak Ambil Peduli
Sebagai rakyat Malaysia kita tidak mungkin menghalalkan pelacuran. Sentiasa merasakan Bangsa Melayu Unggul, maka mustahil masyrakat kita akan terjebak. Apatah lagi di sana sini sentiasa ada ceramah agama, didalam kereta pun mendengar lagu nasyid, diteguhkan lagi dengan ringtone ayat suci Al Quran di telifon pintar. Kita merasakan sudah cukup kuat dan mustahil kegiatan keji ada di sekitar kita.

Dalam bahasa mudahnya, masyarakat Melayu Tidak Ambil Peduli. Minda Terkepung lebih kepada Something Big kononnya. Seperti menentang Obama yang dianggap Dajjal. Mencanangkan ke seluruh kampung Kumpulan Iluminati (Cahaya) telah bertapak dengan sebarang objek mata dan segitiga yang mereka jumpai. Selain mencari tulisan Al Quran yang terbentuk di urat dahan kayu  atau dari bentuk awan di langit.

Makanya perkara-perkara kecil tidak sempat untuk mereka fikirkan. Kita sentiasa merasakan yang kita memiliki Pemikiran kelas. Kini pelajar perempuan di sekolah menengah pun boleh beraksi dengan mana-mana lelaki dengan bayaran topup RM10.

Usahkan untuk menghalangnya atau berbincang mengenainya, menyebut "pelacur" atau "seks" itu pun adalah taboo bagi orang Malaysia. Individu yang membincangkannya dianggap amat tidak senonoh dan berjiwa jahat. Adakah Bangsa Melayu Akan Berubah.

Selain cara pemikiran yang suka berada di tahap selesa. Kebanyakan kumpulan agama pula lebih menjurus untuk menyelesaikan perkara yang mereka dan masyarakat gemari sahaja. Hingga kini masyarakat Malaysia masih tidak percaya dan merasakan pelacuran hanyalah watak fiksyen di televisyen semata-mata. Mungkin artikel ini juga dibenci oleh mereka. Jangan benci saya, kerana menyanyangi lebih baik dari membenci.
Previous
Next Post »