<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Masalah Minda Separa Sedar dan Suka Buat Pelan Baharu

Tabiat Suka Buat Pelan Baharu dan Mengeluarkan Kenyataan ketika Minda Separa Sedar tidak lagi sesuai dalam Kehidupan Alaf 21 ini. Malahan jika dilihat dari sudut Komedi sekalipun, ia bukan lagi Jenaka Kehidupan untuk hiburan seisi keluarga. Ia tidak baik untuk Kesihatan. Apatah lagi ia melibatkan masa depan negara sendiri, Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Masalah Minda Separa Sedar dan Suka Buat Pelan Baharu

Pelancaran Pelan Transformasi Minda Ke Arah Negara Bersih, Indah dan Sejahtera 2015-2020 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan objektif menjadikan Malaysia tersenarai sebagai 10 negara terbersih di dunia. Lagi pelan baharu untuk Malaysia  (peluh besar di dahi). 

Setelah terdiam beberapa minit, secara peribadi aku merasakan Bukankah lebih seronok kalau kelemahan dalam lambakan Pelan-pelan lama dahulu dikaji dan diperbaiki. Sebagai contoh, saya memetik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025  iaitu satu antara Koleksi Pelan yang telah dilancarkan untuk kita renungi bersama.

Kenyataan Menteri Pendidikan II "Pendidikan tinggi negara kini setaraf dengan di negara maju termasuk United Kingdom, Jerman dan Australia dari segi kualiti pendidikan. Malaysia kini menduduki tempat ke-9 daripada 30,000 universiti di seluruh dunia yang menjadi tarikan pelajar asing untuk datang belajar dalam pelbagai bidang pengajian." Sumpah! Sebagai rakyat Malaysia kita pasti ingin sekali percaya dan ingin sekali berasa bangga dengan statement Datuk Seri Idris Jusoh itu, tetapi...

QS World Ranking 2014 tiada universiti Malaysia di dalam ranking 100 teratas dunia. Sehinggakan Laporan EPU dengan kerjasama Bank Dunia menyarankan agar Malaysia memberikan perhatian yang lebih besar kepada kekurangan-kekurangan yang ada pada sistem pendidikan. Rujuk Top Universities Ranking.

Kelainan Minat dan Kegagalan mengawal Tekanan

Kenyataan seterusnya ini tidak melibatkan mana-mana individu. Tetapi mungkin anda setuju bila saya katakan; Memiliki Kelainan Minat dan Kegagalan mengawal Tekanan merupakan Wabak Baharu yang perlu ditangani dengan betul dalam kehidupan manusia hari ini. Dugaan sebegini amat berat hingga menyentuh jiwa dan hati saya. 

Semoga Allah melindungi kita dari berada dalam keadaan Minda Separa Sedar. Sesungguhnya kita, manusia adalah makhluk yang lemah. Memohonlah kepada Allah ketika berada dalam kesedihan dan kekecewaan yang amat sangat. Bersabarlah dan usah ikutkan hati yang marah dan kecewa. Tiada dugaan yang terlalu berat diberikan-Nya kepada kita sebagai ujian dalam kehidupan.
Previous
Next Post »