Siapakah pemilik Wajah-Wajah Tenang yang mampu Meredakan Ribut dan Taufan dalam kehidupan anda sekiranya bersua muka, terpandang atau sekadar menatap potretnya. Sekiranya Tokoh Sastera Tanah Air yang juga pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Lim Swee Tin mengakui melihat ketenangan dalam setiap gambar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meskipun gambar-gambar tersebut diambil secara tidak sengaja mahupun curi-curi. Sumber: Pensyarah akui tenang bila lihat foto Tok Guru.
Alhamdulillah.. seandainya kita berasa tenang ketika melihat wajah insan lain, bersyukurlah. Walaupun siapapun insan tersebut, tak kira apa bangsa dan agamanya. Kerana apa yang pasti, ketenangan itu tercipta dari rasa hormat serta rendah hati "insan yang melihat"... dan pastinya semua itu berlaku dengan kasih, rahmat dan izin Allah jua.
Secara Peribadi sepanjang Memoir Insani. Sejujurnya saya sendiri juga berasa tenang ketika melihat wajah Allahyarham Nik Aziz ketika hidupnya dahulu. Saya tidak ada Potret TG Nik Aziz oleh itu tidak pasti bagaimana rasanya jika melihat pada Potret atau Lukisan wajah semata-mata. Ketika hidupnya, beliau adalah diantara insan yang memiliki wajah-wajah yang bukan sahaja menyenangkan malah mungkin boleh meredakan rasa gelisah dan api amarah dalam diri mereka yang melihatnya. Ekstra Note: Persekitaran Kubur TG Nik Aziz diziarahi Seluruh Umat Islam.
Kenyataan diatas adalah merujuk kepada dari saya sendiri, dan tidak bermaksud ia sesuatu yang baik kepada individu lainnya. Namun dalam semua wajah-wajah tenang yang pernah saya tatap, tidak mungkin ada wajah tenang lainnya yang boleh menghentikan badai gelora, angin ribut dan mampu meredakan kering dan haus kemarau dalam hidup saya melainkan Wajah Ibu saya Che Zalani Binti Adis dan Bapa saya Abdul Rashid bin Abdul Majid serta Guru-Guru yang pernah mendidik saya. Ampunkan dosa anak mu ini Ampunkan dosa murid mu ini.
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email