Suasana Persekitaran Tanah Kubur Tuan Guru Nik Aziz setelah seminggu pemergian. Alhamdulillah, orang ramai tidak henti-henti menziarahi dan menyampaikan Bacaan Al Quran Bertali Arus dan Semoga mereka sentiasa mengingati mati. Sesuatu yang luar biasa dan menyentuh hati saya di sekitar Makam Tok Guru Nik Aziz ialah tiada yang mengambil kesempatan berniaga dengan membuka gerai jualan dengan harga mahal. Itulah tanda rahmat dari Allah, rasa Kehilangan seorang Ulama Besar yang menyentuh jiwa seluruh umat Islam. Tuan Guru Nik Aziz Perjuanganmu Diteruskan.
Tanah Kubur TG Nik Aziz
Sejak perkhabaran TG Nik Aziz Meninggal Dunia, hingga ke hari ini aku berharap agar tiada Kisah Dikontroversi sepeti kebiasaannya ditimbulkan dalam situasi sebegini. Sebagai contoh, orang sakit tiba-tiba sembuh selepas menzizrahi kubur atau Orang buta tiba-tiba celik kembali dan sebagainya. Perkara sebegitu yang menjadi punca kubur-kubur para alim ulama diziarahi dengan niat-niat tertentu. Ada kalanya dipuja-puja dengan menyalakan colok dan sebagainya, dengan niat diberikan petunjuk nombor ekor. Atau sekadar dijadikan tempat bertawassul dan bernazar supaya sesuatu hajat dikabulkan.
Karamah Kemuliaan dan Darjat Alim Ulama
Sebagai insan yang jahil, maka aku sentiasa mencari ilmu. Malh dengan kekurangan itu aku amat takut menyatakan sesuatu kerana kurangnya ilmu yang ku miliki. Ustazku ada menceritakan tentang mukjizat para rasul dan nabi, karamah kemuliaan dan darjat alim ulama dan pejuang islam dan para sahabat nabi. Aku juga percaya kemuliaan yang dijanjikan kepada golongan terpilih itu. Seperti Haruman bau kubur Siti Masyitah Maut bersama anak-anaknya yang masih kecil terjun ke dalam minyak yang menggelegak demi beriman kepada Musa dan Tuhannya. Juga mayat sahabat nabi yang syahid di bukit uhud yang masih elok jasadnya.
Kata Keramat, berasal dari bahasa Arab Karamah yang bererti Kemuliaan. Mistik yang hadir dengan kemuliaan darjat seseorang dijadikan isyarat daripada Tuhan tentang keluasan ilmunya dan martabatnya yang tinggi di sisi agama. Namun setelaah wafatnya Nabi Muhammad S.A.W Umat akhir zaman hanya memiliki Al Quran dan Sunnah serta Ulama sebagai penjelas kejahilan manusia dengan merujuk kedua sumber yang sama. Atas kelalaian manusia juga terlalu banyak karamah yang direka-reka dan ditokok tambah ceritanya hingga timbul rasa ragu jika mendengarnya. Dari kisah keramat yang bertali arus itu banyak juga yang terbukti hanya rekaan oleh manusia terlalu cintakan dunia dan lemah imannya.
Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Sesungguhnya yang baik itu adalah daripada Allah SWT. Sedangkan keburukan itu adalah daripada kedaifan dan kelemahan manusia itu sendiri.
Kesan dari Kejahilan manusia itu sendiri maka bertambah besar kekeliruan umat Islam kepada Keramat yang mistik hingga ada perkara yang dianggap tahyul, seperti keramat, saka, bomoh, keris terbang dan segala yang sewaktu dengannya. Malah lebih ramai yang sudah tidak lagi percaya, serta ada juga yang menghukum kepercayaan dengan keramat ini semua sebagai syirik dan berdosa besar.
Karamah Bukan Kisah Jenaka
Apa yang lebih dirisaukan ialah ada segolongan manusia menjadikan cerita-cerita keramat itu bahan jenaka. Mereka sentias berseap sedia menantikan khabar keramat apabila berlaku sesuatu perkara besar. Demi Allah sesungguhnya aku percaya akan berkat para Alim Ulama dan karamahnya. Sesungguhnya jika Allah menginkan ia berlaku, maka berlakulah apa saja yang diinginkan. Semoga Allah memberi hidayah kepada para manusia yang mendustai Agama Mu ya Allah.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam yang mengetahui hal-hal yang Ghaib dan maha pemurah. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W serta umatnya hingga hari tertutupnya pintu taubat. Persekitaran Kubur TG Nik Aziz Diziarahi Seluruh Umat Islam dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya.
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email