Bolehkah Pesakit Asma atau Lelah Bersukan? Tip Kesihatan dan Panduan Aktiviti Sukan untuk Pesakit Asma atau Lelah. Aktiviti
Riadah seperti sukan merupakan sejenis Aktiviti Fizikal yang Sihat namun
ia cukup Berat dan Berisiko untuk Penghidap Asma atau Lelah. Sedangkan semua tahu bahawa Bersukan amat Penting bagi memastikan tubuh badan seseorang itu sentiasa sihat. Beriadah juga dapat memastikan kefungsian jantung optima dan menjadikan peredaran darah lebih stabil.
Benarkah Penghidap Lelah Tidak Boleh Bersukan
Bagi seseorang yang berpenyakit Lelah, ia sememangnya benar, aktiviti fizikal seperti bersukan amat berisiko untuk penghidap Asma untuk terkena Serangan Asma. Namun tidak bermakna Pesakit Asma tidak boleh bersukan seumur hidupnya.Bagaimanakah Penghidap Asma boleh turut serta dalam aktiviti sukan. Berikut merupakan Tips dan Panduan Kesihatan untuk Pesakit Asma melakukan Aktiviti Sukan dalam kehidupan mereka. Namun sebelum itu, Adakah kita benar-benar tahu Apa itu Asma atau Sakit Lelah ini.
Tidak semua orang dilahirkan dengan kesihatan tubuh badan yang normal
seperti kebanyakan manusia hari ini. Pastinya ada sesetengah daripada
kita memiliki kekurangan dari segi kesihatan tubuh badan. Malah kita
yang secara dasarnya dikatakan sihat, tidak mustahil esok atau lusa
diuji dengan beberapa kekurangan dalam hidup ini.
Sesungguhnya Allah maha adil dan maha mengetahui. Ada antara kita kemungkinan lahir dengan beberapa penyakit yang masih belum ada penawarnya untuk sembuh. Sudah tentu penyakit itu membatasi diri dalam melakukan beberapa pekerjaan dan aktiviti harian seperti insan-insan lainnya.
Penyakit
Asma atau Lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan
kesukaran bernafas. Asma juga adalah penyakit bersifat bawaan dan susah
untuk sembuh atau untuk kembali seperti normal.
Serangan
Asma tidak boleh dianggap remeh. Ini adalah kerana ketika pesakit
diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara
menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma
mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar
untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran
udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru
akan berkurangan udara. Akibatnya, Pesakit Asma boleh pengsan. Penyakit
Asma.
Kebanyakkan pesakit Asma terpaksa menyekat aktiviti harian yang terlalu berat demi mencegah serangan Asma. Rujuk Asma Wiki untuk mengetahui Penyakit Asma selengkapnya
Panduan Aktiviti Sukan Untuk Pesakit Asma atau Lelah
Jika
anda salah satu pesakit asma, anda masih boleh melakukan aktiviti
fizikal seperti bersukan. Berikut ialah Panduan bagi Pesakit Asma dalam
melakukan aktiviti Sukan. Perhatian Tips Kesihatan ini adalah untuk pengetahuan asas. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan sebelum mengamalkan Panduan ini.
- Sebelum memulakan sukan, rujuk terlebih dahulu dengan doktor. Doktor akan memberi nasihat yang baik, memberitahu anda tentang keadaan tubuh anda dan menyarankan sukan yang sesuai untuk anda lakukan.
- Selalu gunakan ubat pra-sukan untuk pesakit asma, jika doktor menetapkan, seperti misalnya bronkodilator penyedutan, kromolin, atau nedocromil. Ini mungkin ditetapkan untuk asma mudah berulang sebelum melakukan sukan.
- Lakukan aktiviti regangan (warmup) pemanasan badan sebelum aktiviti bersukan dan juga cooling down selepas selesai aktiviti. Dua pra aktiviti tersebut amat penting bagi menjaga sistem pernafasan agar tidak mengalami kejutan yang memungkinkan terjadinya serangan asma.
- Jika Cuaca agak Sejuk, lakukan aktiviti sukan secara indoor atau boleh gunakan topeng mulut apabila keluar rumah. Elakkan outdoor sport, terutamanya jika indek udara tidak baik akibat kesan pencemaran.
- Bagi mereka yang menghidap asma ataupun tidak, satu nasihat yang amat berguna ialah, lakukan aktiviti Sukan mengikut kemampuan diri sendiri. Jangan terlalu memaksa diri untuk sukan dan melakukan aktiviti berat. Ketahui batas kemampuan anda dan lakukan sukan secara sihat.
Panduan Kesihatan dan Tips Selamat Ketika Bersukan
Panduan Kesihatan dan Tips Selamat ketika bersukan untuk penghidap Lelah atau Penyakit Asma. Sekiranya ia memberi kesan positif, terbukti Asma bukan penghalang untuk Bersukan. Semoga Artikel Panduan Aktiviti Sukan Untuk Pesakit Asma atau Lelah bermanfaat untuk diamalkan.
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email