<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

RMK-11 (2016-2020) Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat

Inti Pati Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020). Tema dan Enam Teras Strategik . Sepertimana Perbentangan RMK-11 (2016-2020) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Dewan Rakyat. Berikut ialah Inti Pati dan Enam Teras Strategik Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020.

RMK-11 (2016-2020) Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat

  • Rancangan 5 tahun memperkukuh komitmen kerajaan terhadap rakyat dan  keyakinan bahawa pertumbuhan tidak boleh diukur dengan kejayaan ekonomi semata-mata.
  • Rancangan memperakui kesejahteraan rakyat, dan komitmen untuk pertumbuhan inklusif dan mampan, perlu sebagai sebuah negara maju.
  • Ekonomi Malaysia mendapat manfaat daripada prospek ekonomi dunia yang lebih kukuh, pemulihan harga komoditi dan inflasi global yang rendah.
  • RMK-11 juga melihat pasca 2020 dengan Malaysia kekal sebagai sebuah ekonomi terbuka dan lebih bersepadu di peringkat serantau dan global.
  • KDNK Malaysia mencecah RM2.6 trilion pada 2030 (RM1.4 trilion pada 2020).
  • Lebih 40 peratus daripada jumlah guna tenaga akan terdiri daripada pekerja mahir pada 2030 (2020: 35 peratus).
  • KDNK per kapita dijangka meningkat lebih dua kali ganda kepada RM117,260 pada 2030 (2020: RM54,890).
  • Perdagangan dunia dijangka meningkat kepada US$44 trilion pada 2030 (US$26 trilion diunjurkan pada 2020).
  • Sasaran RMK-11 menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar sebenar berkembang 5.6 peratus setahun.
  • Produktiviti pekerja meningkat kepada RM92,300 pada 2020 (2015: RM77,100)
  • Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mencecah RM54,100 (US$15,690) pada 2020.
  • Purata pendapatan bulanan isi rumah meningkat kepada RM10,540 pada 2020 (2014: RM6,141).
  • Sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK meningkat kepada sekurang-kurangnya 40 peratus pada 2020, (2015: 34.9 peratus)
  • Indeks Kesejahteraan Malaysia (IKM) meningkat 17 peratus setahun, petunjuk peningkatan kesejahteraan rakyat.
  • Inflasi kekal rendah di bawah 3.0 peratus.
  • 1.5 juta pekerjaan akan diwujudkan pada tahun 2020.
  • Pertumbuhan akan dipacu oleh sektor swasta dengan pelaburan  swasta berkembang pada 9.4 peratus setahun.
  • Sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang lebih   daripada 75 peratus KDNK.
  • Imbangan pembayaran dijangka kekal dalam lebihan sebanyak 2.6 peratus PNK.
  • Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan terus berkurangan kepada kurang daripada 45 peratus pada 2020.
  • Hasil berkembang sebanyak 7.9 peratus setahun dan pergantungan kepada hasil berkaitan minyak berkurangan kepada 15.5 peratus pada 2020.
  • Pengenalan GST akan menyumbang pendapatan sebanyak RM31.4 bilion setahun dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding RM15.5 bilion yang dikutip menerusi cukai jualan dan perkhidmatan dalam RMK-10.

RMK11: Enam Teras Strategik

Pertama: Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama
Kedua: Meningkatkan kesejahteraan untuk semua
Ketiga: Mempercepat pembangunan modal insan untuk negara   maju
Keempat: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan
Kelima: Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong perkembangan ekonomi
Keenam: Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran
Previous
Next Post »