<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Tema Hari Guru 2015 Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak Tema Hari Guru Tahun 2015. Maksud Tema Hari Guru 2015 Huraian dan Maksud adalah idea dan hasil cadangan warga pendidik seluruh Malaysia yang dipelawa oleh KPM untuk menyumbang Idea sebelum ini. Manakala Lagu dan Logo Hari Guru 2015 akan menyusul tidak lama lagi. Untuk makluman, informasi rasmi hari guru malaysia dan Huraian Tema Sambutan sila ke Huraian Tema Hari Guru.


Surat dan Lampiran Rasmi Sambutan Hari Guru 2015


Tarikh Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun. Majlis Sambutan Hari Guru diraikan untuk menghargai jasa para guru yang banyak bekorban demi menyampaikan ilmu berguna untuk masa depan anak didik, agama, bangsa dan negara. Bidang kerja guru merupakan ibadah bercita-cita ingin menjadi guru adalah mulia. Baca juga Adakah Anda Dilahirkan Menjadi Seorang Guru.

Doa untuk Guru Sempena Sambutan Hari Guru

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat, Dengarkanlan harapan dan pengaduan kami ini. Mustajabkanlah permohonan kami agar Engkau mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan kepada guru-guru kami di negara ini yang menjadi payung kepada generasi akan datang. Kau ampunkanlah segala dosa guru. Kau berikanlah syafaat kepada guru kami yang telah bersusah-payah mengajar dan mendidik demi kejayaan ini

Semoga Engkau mengurniakan kekuatan kepada diri mereka untuk terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memainkan peranan bagi memartabatkan pendidikan generasi kami berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

Ya Allah, Ya Karim, Jadikanlah guru-guru kami mempunyai darjat yang tinggi serta hiasilah mereka dengan kebijaksanaan, binakanlah benteng ketakwaan dan keimanan yang teguh kepada mereka. Hindarilah mereka daripada perkara yang memudaratkan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Ya Allah, Ya Aziz Ya Ghaffar, Anugerahkanlah segala kemudahan kepada para guru kami agar mereka senantiasa mendapat kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Berkatilah usaha dan sumbangan kebaikan mereka di dunia ini.

Berikanlah kekuatan kepada mereka untuk mencapai kejayaan dan kemajuan diri dalam mendidik anak bangsa ibu pertiwi. Anugerahkanlah kepada mereka kualiti kehidupan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Tinggikanlah darjat mereka di sisiMu, sucikanlah hati mereka dengan keikhlasan berbakti untuk agama, bangsa dan negara.

Selamat Hari Guru 2015

Tema Hari Guru 2015 Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak. Tugas dan Tanggungjawab sebagi guru  berat, jika dianggap berat. Mudah, jika mengambil mudah. Mulia, jika dilaksana dengan sepenuh jiwa raga dan Lillahita'ala.
Previous
Next Post »