<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Ralat Buku Teks (KSSR) Sejarah Tahun 5

Isu KSSR. Ralat Kedudukan Mekah dan Madinah Buku Teks Sejarah Tahun 5. Mengapa Ralat kerap berlaku dalam Buku Teks KSSR Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini bukan kecuaian yang pertama. Terdahulu, di awal 2011 pernah ada Ralat dalam Buku Teks KSSR English Year 1. Namun Isu Buku Teks tesebut reda bila KPM menubuhkan Jawatankuasa Semakan Semula dan Text Book tersebut telah digantikan dengan Cetakan Baharu.

Kini, Ralat Buku Teks Sejarah Tahun 5 pula heboh diperkatakan. Kesilapan-kesilapan begini sudah tentu akan menjadi Isu dan Masalah untuk warga pendidikan, apatah lagi ia berlaku dalam Sistem Pendidikan Malaysia yang diwara-warakan kualitinya bertaraf dunia.

Ralat Buku Teks Sejarah Tahun 5
Kedudukan Mekah dan Madinah Buku Teks Sejarah Tahun 5

Buku Teks merupakan sumber Rasmi dan Bahan Bantu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Agak sukar untuk berlaku ralat memandangkan setiap penerbitan sesebuah buku teks pendidikan adalah rasmi malah perlu melaui banyak tapisan. Kita adalah manusia yang banyak kelemahannya. Sudah tentu ada Kecuaian berlaku. Kita juga amat mudah untuk lupa dan leka dengan harta dunia.

Kesalahan dalam Buku Teks Sejarah Tahun 5. Berlaku ralat pada peta yang menunjukkan kedudukan Mekah dan Madinah. Kesilapan yang berbentuk fakta sebegini perlu diambil serius dan mesti segera diperbetulkan.

Ralat Buku Teks Sejarah Tahun 5

Selain itu ramai juga yang tertarik dengan ilustrasi gambar Guru memakai Sari mengajar perihal Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dalam Buku Teks Sejarah tahun 5. Namun tidak salah jika guru berbangsa lain mengajar mengenai Sejarah Islam. Guru sejarah tidak semestinya melayu Islam, cuma ia pasti lebih baik jika guru tersebut dilukis dalam keadaan tertutup auratnya sebagai tanda menghormati ilmu.

We Learn From History That We Do Not Learn From History
— Friedrich Hegel

Merujuk makluman para guru terdapat banyak fakta sejarah yang boleh dipertikaikan dalam buku teks KSSR sejarah tahun 4 dan tahun 5. yang mana fakta sejarahnya tidak selari dan berbeza sepertimana buku teks sejarah Tingkatan 1 dan 2. Merujuk makluman warga pendidik, tempoh masa era paleolitik, neolitik dan logam yang dinyatakan dlm buku teks athun 4 salah kerana ia tidak sama dengan buku teks tgkatan 1. Baca juga Adakah DSKP kekal Draf Untuk Selamanya. Ralat Buku Teks KSSR Kementerian Pendidikan Malaysia.
Previous
Next Post »