KSSR Baharu - Semakan Semula (2016) dan KSSM (2017) Kementerian Pelajaran Malaysia. Perlaksanakan 3 Fasa Gelombang Kurikulum Standard Baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global. Untuk KSSR Baharu Kali ini KPM berminat dengan Gelombang pula. Sungguh Klasik..
Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula KSSR mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 membuktikan Kementerian berusaha melonjak sistem pendidikan negara ke tahap dunia. Kurikulum Baharu (2016) KSSR setelah semakan semula dilakukan. Kurikulum Baharu ini dirangka berdasarkan tanda aras pendidikan antarabangsa bagi melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.
Kenapa KSSR (Baharu) Semakan Semula
Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula adalah selaras dengan perubahan penilaian ke atas murid tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata. Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat.
Semakan Semula Kurikulum Pendidikan Malaysia
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 akan melalui Tiga Fasa iaitu Gelombang. Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum.
3 Fasa Gelombang Kurikulum Baru Kementerian Pendidikan
3 Fasa Gelombang Kurikulum Baru Kementerian Pendidikan
- Gelombang satu (2012-2015) iaitu Fasa persediaan
- Gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan
- Gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran
Kemegahan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 hanyalah persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baharu ini. Seperti biasa Kementerian akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem penyampaian. Semakan Semula KSSR dan KSSM Kurikulum Baharu KPM.
Demi pagar sekolah selamat yang tersergam indah, Menentang Sistem Pendidikan Malaysia ia pasti membawa Padah— Hootoh Pendidikan
Semakan Semula Kurikulum oleh Kementerian Pendidikan seolah bermaksud KSSR yang Pada tahun 2011 hanyalah Kajian Pendidikan dalam menentukan Tahap Pencapaian PPPM yang diperkenalkan Muhyiddin Yassin. Oleh itu, Standard Baharu perlu diusahakan untuk menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
Rupa-rupanya Kementerian Pendidikan sedar masih banyak yang perlu dilakukan. Demi memastikan keberkesanan pelaksanaan kedua-dua aspek kurikulum baru ini gelombang pertama transformasi pendidikan akan memberi tumpuan kepada inisiatif jangka pendek bagi memastikan kurikulum bertulis, kurikulum yang diajar dan kurikulum pentaksiran dapat ditambah baik selain meletakkan asas kepada perubahan fundamental sebelum gelombang kedua dan ketiga dilaksana dan dikaji semula untuk melihat tahap pencapaian.
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email