<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Artikel 117 M&A 1MDB dan Najib Razak

Memorandum Pertubuhan 1MDB Artikel 117 Reserved Matters. Klausa yang menyatakan semua keputusan pelaburan 1MDB mesti diluluskan Dato Seri Najib Razak. Artikel 117 dalam Memorandum Pertubuhan atau Memorandum and Articles of Association M&A 1Malaysia Development Berhad jelas menunjukkan keterlibatan secara langsung Perdana Menteri dalam keputusan-keputusan 1MDB. 

Artikel 117 M&A 1MDB dan Najib Razak

Artikel 117 1MDB Reserved Matters merupakan Dokumen bukti yang mengaitkan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dengan semua keputusan pelaburan dan hutang yang dibuat oleh 1MDB selama ini tersebar meluas dan viral di laman sosial.

Salinan penuh M&A 1MDB telah disemak dan disahkan adalah Memorandum Pertubuhan 1MDB yang asli ini telah didedahkan oleh Rafizi Ramli setelah memastikan bahawa:
  • Semakan dengan rekod terkini dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan 1MDB dan Terengganu Investment Authority Berhad mempunyai nombor syarikat yang sama iaitu 848230-V.
  • Rekod terkini SSM juga (seperti yang dilampirkan) menunjukkan bahawa Terengganu Investment Authority Berhad telah menukar namanya kepada 1MDB pada 25 September 2009.
  • Pindaan kepada M&A telah difailkan kepada Pendaftar Syarikat melalui satu resolusi bertarikh 2 September 2009. Ini bermakna keseluruhan M&A ini besar kemungkinan difailkan untuk memenuhi proses mengambilalih dan menukar nama Terengganu Investment Authority Berhad kepada 1MDB seperti yang ditunjukkan oleh rekod terkini SSM.

Keseluruhan 48 Halaman Dokumen M&A 1MDB serta resolusi-resolusi terbabit untuk memfailkan pindaan-pindaan M&A adalah seperti lampiran dibawah dan boleh dimuat turun dari pautan  Memorandum Pertubuhan 1MDB.

Dokumen M&A 1MDB Bukti Penglibatan Najib



1MDB Artikel 117 Reserved Matters

Rafizi Ramli turut menyertakan Artikel 117 yang bertajuk "Reserved Matters" di dalam M&A itu. Secara ringkasnya, menurut Artikel 117 Reserved Matters itu telah ditetapkan bahawa semua keputusan mengenai lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB serta sebarang komitmen kewangan (termasuk keputusan pelaburan) yang diambil oleh 1MDB yang boleh mempunyai kesan kepada jaminan Kerajaan Persekutuan perlulah mendapat kelulusan bertulis Dato Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia.

Melalui akal dan pemikiran logik Perdana Menteri mesti tahu mengenai urusniaga-urusniaga 1MDB yang mengundang kontroversi setakat ini kerana kelulusan beliau diperlukan. Lebih-lebih lagi bon pertama yang diterbitkan oleh 1MDB dalam tahun 2009 telah dijamin Kerajaan Persekutuan. Maka, setiap urusniaga penerbitan hutang selepas itu ada kesan kepada jaminan yang diberikan Kerajaan Persekutuan itu dan tidak boleh dilaksanakan oleh 1MDB tanpa kelulusan bertulis Perdana Menteri.

Jika ada sebarang unsur penyelewengan jenayah di dalam 1MDB, ia akan turut menyabitkan Perdana Menteri kerana Artikel 117 jelas menunjukkan keterlibatan secara langsung Perdana Menteri dalam keputusan-keputusan 1MDB.
— Rafizi Ramli

Rafizi Ramli berpendapat Perdana Menteri perlu hadir sendiri ke Parlimen untuk menerangkan perkara ini. Dato Seri Najib juga perlu hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) untuk menjelaskan sama ada kelulusan bertulis beliau telah diberikan bagi semua urusniaga dan pelaburan 1MDB selepas jaminan Kerajaan Persekutuan bagi bon pertama 1MDB.

Ahli Parlimen Pandan juga menyeru semua agensi yang menyiasat 1MDB termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara (AG) membuka kertas siasatan terhadap Perdana Menteri.
Previous
Next Post »