Kenapa Draf DSKP masih digunakan hingga kini. Sampai bilakah guru terpaksa menggunakan Draf Dokumen Standard Kurikulum Prestasi dalam proses pentaksiran pencapaian murid di sekolah. Perkara ini bukannya satu Isu Besar Kementerian Pendidikan, yang kini dilihat lebih fokus pada Kempen GST di Sekolah seluruh Malaysia. Sebagai Pendidik kami cuma harapkan, agar usaha dilakukan tidak terbengkalai begitu saja. Warga guru juga yakin Kementerian Pendidikan sentiasa melakukan sesuatu yang terbaik untuk memastikan Kualiti Pendidikan Malaysia mencapai tahap unggul.
Pelaporan PBS Offline yang menentukan Tahap Pencapaian Murid perlu merujuk DSKP Mata Pelajaran KSSR yang ingin dinilai. Memandangkan bahan rujukan utama yang masih lagi Draf (tidak rasmi), ada baiknya pihak Lembaga Peperiksaan memberi lebih perhatian mengenai perkara tersebut.
Penilaian Berasaskan Sekolah yang pentaksirannya merujuk DSKP mula dilaksanakan bersama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenalkan pada 2011. Berpandukan DSKP Pencapaian murid dalam KSSR akan dinilai oleh guru.
Namun hingga kini Warga Pendidik di Malaysia masih merujuk DSKP yang berbentuk Draf. Mohon penjelasan dari sesiapa yang arif dan berpengalaman mengenai hal ini. Adakah DSKP kekal Draf Untuk Selamanya. Seandainya mereka ingin melakukan eksperimen sekalipun, tidak wajar ia dilakukan dalam tempoh yang sangat lama. Bukankah murid-murid sekolah rendah ini jugalah generasi yang akan mencorak masa depan negara.

Kenapakah Dokumen Standard Kurikulum Prestasi (DSKP) untuk menilai murid dalam KSSR yang dibekalkan oleh KPM ada perkataan "DRAF" dan masih digunakan hingga hari ini.
Apa itu DRAF
Jika merujuk Apa itu DRAF, ia bermaksud "Rancangan atau konsep tulisan yang disediakan secara kasar pada peringkat awal atau permulaan dan biasanya akan disalin, diperbaik, dihalusi semula untuk penggunaan secara rasmi".
Mustahil dan Tidak mungkin KPM sanggup membekalkan sesuatu yang belum sempurna untuk digunakan dalam mendidik anak bangsa kita. Harap ada rakan guru sudi berkongsi pengetahuan mengenai "DRAF" DSKP ini.
Kesemua DSKP KSSR masih dalam Draf. Malah semuanya dibekalkan dari sumber KPM ketika para guru mengikuti kursus DSKP di peringkat negeri masing-masing. Bagi mengelakan kekeliruan, rasa ada baiknya mereka jelaskan kepada peserta kursus yang DSKP dibekalkan adalah Draf dan guru perlu gantikan kepada DSKP rasmi bila diumumkan.
Kenapa Perlu Cetakan DRAF pada Penulisan Kajian
Ada yang mengatakan, berkemungkin dengan adanya "DRAF" itu, merupakan langkah berjaga-jaga KPM sekiranya berlaku sesuatu isu atau kerosakan berlaku, kesan dari penggunaan bahan Draf tersebut, Maka pihak yang mengeluarkannya tidak akan bertanggungjawab dan tiada tuntutan undang-undang boleh disabitkan kerana ia masih dalam keadaan "DRAF" iaitu bukan yang sepenuhnya.
Mempertaruhkan masa depan anak bangsa
Jika ia benar sekalipun, pasti tidak terlintas oleh guru untuk mengambil tindakan terhadap Kementerian Pendidikan. Para guru cuma risaukan masa depan murid-murid saje. Amat besar risikonya jika mempertaruhkan masa depan anak bangsa dengan sistem pendidikan yang masih di peringkat kajian dan percubaan.
Sudah lama mencari DSKP yang bukan Draf di Portal KPM, Web BPK dan Blog Pendidikan lainnya diharap dapat diwara-warakan kepada semua warga pendidikan. Atau mungkin sememangnya tidak akan wujud Dokumen Standard Kurikulum Prestasi yang lengkap dalam Sistem Pendidikan di Malaysia ini.
Sampai Bila DSKP (KSSR) dalam bentuk Draf
Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) untuk sekolah rendah sejak bermulanya KSSR hingga ke hari ini (tarikh artikel ini ditulis) masih lagi dalam bentuk draf kerana mungkin ada beberapa perubahan yang akan dilakukan ataupun masih dalam proses kajian. Setelah mendapat hasil kajian yang dilakukan di sekolah seluruh Malaysia, DSKP yang lengkap dan sebetulnya akan menggantikan Draf DSKP tersebut.
Sekiranya nazir datang dan tidak mahu tengok DSKP yang ada masih Draf itu, ada cadangan untuk edit saja cover DSKP dan erase saja perkataan "DRAF" dari DSKP tersebut.
Pemurnian DSKP
Namun hampir 5 Tahun berlalu Kesemua DSKP KSSR masih dalam Draf sepertimana yang dibekalkan oleh KPM ketika para guru mengikuti kursus DSKP di peringkat negeri sejak KSSR diperkenalkan. Mungkin pihak KPM masih tidak sempat untuk memurnikanya atau ingin jadikan guru dan murid bahan kajian untuk selama-lamanya. Bagi mengelakan kekeliruan, ada baiknya pihak JU KSSR jelaskan kepada peserta kursus mengenai DSKP dibekalkan adalah Draf dan guru perlu gantikan kepada DSKP rasmi bila diumumkan.
Maklum Balas aduan@moe.gov.my mengenai Draf DSKP
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email