<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Inspirasi Kata-kata Nasihat Kehidupan Seorang Guru

Nasihat dan Pesanan untuk Guru yang hidupnya Membongkok dalam Memikul Tanggungjawab. Mematuhi Kod etika Profesion Keguruan kerana Tugas murni guru tunjang utama generasi cemerlang. 13 Inspirasi Kata-kata Nasihat untuk Guru Warga Pendidik sempena Sambutan Hari Guru Malaysia.

Inspirasi Kata-kata Nasihat Kehidupan Seorang Guru

Guru juga adalah insan biasa yang tidak sempurna, mempunyai banyak kelemahan. 13 Inspirasi Kata-kata Pesanan dan Nasihat dalam menempuhi Kehidupan Seorang Guru.

  1. Jika guru kehidupannya memelihara kebencian, iri hati dan dendam, maka seluruh waktu dan fikiran yang guru miliki akan habis dan sia-sia begitu saja. Hingga akhirnya, guru tidak akan pernah menjadi seorang yang produktif.
  2. Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi seorang guru untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya dan menjaga aibnya.
  3. Bukan pangkat, gelaran atau jabatan yang menjadikan seorang guru itu mulia. Jika kualiti peribadi buruk, semua itu hanyalah rupa-rupa topeng tanpa wajah.
  4. Ciri seorang guru yang baik akan nampak dari kematangan peribadi, penyampaian ilmu, serta integrasi antara ilmu dengan perbuatannya.
  5. Jika guru belum boleh membahagikan harta, kalau guru tidak boleh membahagikan kekayaan, maka berikanlah contoh yang membawa kebaikan untuk semua.
  6. Jangan sesekali mengarahkan orang lain sebelum mengarahkan diri sendiri, jangan sesekali melarang orang lain sebelum melarang diri sendiri.
  7. Pastikan guru sudah bersedekah hari ini, baik dari segi wang ringgit, ilmu atau nasihat, tenaga atau pandangan, paling tidak, sekurang-kurangnya dengan seyuman yang ikhlas.
  8. Guru yang hipokerit dan mengampu akan dipenjara oleh kepura-puraannya sendiri, guru yang jujur akan menikmati nikmat kemerdekaan dalam hidupnya.
  9. Bila memiliki banyak harta, guru akan menjaga harta. Namun jika guru memiliki banyak ilmu, maka ilmulah yang akan menjaga kita.
  10. Kalau hati guru bersih, tak ada waktu untuk berfikiran buruk, iri hati atau dengki sedikitpun dalam kehidupannya.
  11. Bekerja kuat adalah sebahagian dari tenaga, berusaha keras merupakan sebahgian dari jemampuan minda, sedangkan bekerja ikhlas ialah sebahgian dari hati.
  12. Jadikanlah setiap teguran bahkan penghinaan yang guru terima sebagai jalan untuk memperbaiki diri.
  13. Guru tidak pernah tahu bila kematian akan menjemput mereka, tapi guru tahu bahawa seberapa banyak bekal yang telah dimiliki untuk menghadapinya.

Inspirasi Kata-kata Nasihat Kehidupan Seorang Guru

Guru juga adalah insan biasa yang tidak sempurna, mempunyai banyak kelemahan. Walau bagaimanapun, seringkali masyarakat memberi tanggungjawab penuh kepada guru-guru untuk mendidik dan membentuk modal insan negara. Extra: Hukum Sambutan Hari Guru Malaysia.

Namun, sekiranya terdapat kejadian ataupun masalah akademik, ataupun masalah disiplin di kalangan murid dan pelajar, masyarakat Malaysia serta media massa sentiasa menuding jari pada guru-guru kerana gagal mengatasi masalah tersebut. Ketahuilah, untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama bukanlah suatu tugas yang mudah bagi seseorang guru tanpa sokongan semua pihak. Inspirasi Kata-kata Nasihat Kehidupan Seorang Guru.
Previous
Next Post »