<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Hukum Sambutan Hari Guru Malaysia

Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Apa pandangan warga pendidik di Malaysia. Hukum Sambutan Hari Guru adalah harus menurut Islam. Namun tidak bermaksud boleh meraikan tarikh 16 Mei sempena bermulanya dasar pendidikan sekularisme di Malaysia yang diperkenalkan pada 16 Mei 1956.

Hukum Sambutan Hari Guru Malaysia

Islam mengajar menghargai jasa guru, maka acara yang bertujuan menghargai dan mengingati jasa mereka adalah harus dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja selagi tidak melanggar hukum syarak. Hari penting di Malaysia pada 16 Mei setiap tahun, hari guru disambut untuk menghargai jasa dan pengorbanan para guru dalam usaha dan kesungguhan mereka menyampaikan ilmu dan mendidik anak didiknya.

Hukum Sambutan Hari Guru dasar Pendidikan Negara Islam

Hanya aqidah Islam yang boleh menjadi dasar pendidikan negara Islam dan Sistem Pendidikan berprinsipkan Islam sahajalah yang mampu melahirkan umat yang sentiasa melaksanakan peranan mereka dengan benar di muka bumi ini. Adalah tidak wajar sesebuah negara islam berbangga dan memuji sistem dan perlaksanaan pendidikan sekularisme.

Meraikan Hari Pendidikan Sekularisme British

Pemerintah Malaysia memilih tarikh 16 Mei untuk menyambut hari guru sebagai memperingati hari Kerajaan British bersetuju menerima dokumen cadangan yang dikenali sebagai Penyata Razak melalui Majlis Undang-Undang Tanah Melayu. Laporan dari Penyata Razak itu dikenali dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Demi menghargai guru serta meraikan hari peringatan bermulanya Dasar Pelajaran Kebangsaan (16 Mei 1956) yang diperkenankan oleh kerajaan british berdasarkan pendidikan sekularisme ke dalam sebuah negara yang juga mengamalkan sistem kapitalisme. 

16 Mei 1956, ketika itu kita masih di bawah kekuasaan penjajah British. Setahun kemudian pada 31 Ogos 1957 Bendera Rasmi Kerajaaan British Union Jack diturunkan dari Tanah Melayu dan negara kita Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan. Laungan 7 Merdeka.

Apakah Hukum Menyambut Hari Guru Malaysia

Kita seharusnya menghapuskan amalan-amalan yang tidak selari dengan Islam yang menjadi rutin masyarakat kita tanpa kita sedari. Islam menjadikan pendidikan, tentunya dengan guru sebagai enjinnya, sebagai satu teras penting dalam melaksana, menjaga dan menyebarkan fikrah dan thariqah Islamiyyah. Majlis Hari Guru. Islam juga mengajar menghargai jasa guru, maka acara yang bertujuan menghargai dan mengingati jasa mereka adalah mubah (harus) dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja selagi tidak melanggar hukum syarak. Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Apa pandangan warga pendidik di Malaysia.

Comments (5)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
dermawan's avatar

dermawan · 519 weeks ago

sebelum melanjutkan perdebatan ini, jawab dulu persoalan ini; kita menyambut hari guru pada 16 mei kerana jasa seorang guru atau kerana pendidikan sekular british?
1 reply · active 519 weeks ago
Saya sambut kerana jasa seorang guru.
Begitu juga hari ibu, ramai menyambutnya kerana jasa ibu, begitu juga valentine day yang sambutan kerana mengingati orang yang disyangi dan banyak lagi...
salahkah menyambut hari guru pada 16 mei? motif utama sambutan hari guru bukan kerana peristiwa bersejarah berlaku pada tarikh tersebut. perkara ini berbeza dengan hari ibu dan hari valentine kerana motif asal (dasar) kedua-dua sambutan itu menjurus ke arah keagamaan yg mana boleh memesongkan akidah.
Saya menyambut hari valentine dengan motif menunjukkan kasih dan sayang.
16 mei hari kejayaan British menerapkan pendidikan sekularisme di Malaysia. Pendidikan sekularisme dan sekular itu tidak dibenarkan dalam Islam. Demi Memperingati tarikh istimewa itulah (16 Mei) kita pilih untuk menyambut hari guru.

Tetapi seperti dimaklumkan diatas Hari Guru Harus disambut kerana Islam menggalakkan kita hargai Guru.
1 reply · active 519 weeks ago
Maksud saya dalam kita tidak sedar tarikh itu juga diraikan British kerana berjaya menerapkan sekular di malaysia. Ramai yang terlepas pandang ketika Penyata Razak sebenarnya pentadbiran masih dibawah kekuasaan British, iaitu tahun-tahun terakhir british berusaha menerapkan pelbagai sistem mereka sebelum kembali ke Britain.

Post a new comment

Comments by


powered by Bot Libre
loading...