<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Demi Panda Bertuah Pak Belang Hilang Taringnya

Negaraku Malaysia Bumi Tercinta. Demi Panda Bertuah biarlah Pak Belang Hilang Taringnya. Seluruh rakyat diseru agar Berbangga dengan Panda Gergasi Xing Xing dan Liang Liang. Tanda kerajaan China amat menghormati Malaysia. Rakyat Malaysia Berbanggalah dengan Panda Gergasi.

Demi Panda Bertuah Pak Belang Hilang Taringnya

Pertukaran Haiwan adalah Simbol Jalinan Hubungan Diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing. Malaysia, tempat tumpahnya darah merahku. Pak Belang hilang belang dan taringnya berdepan Haiwan Bulat yang Hitam Putih Badannya.

Antara Syarat Hubungan Diplomatik Panda antara Kuala Lumpur dan Beijing ialah mengenai Pasangan Panda Gegasi (Xing Xing dan Liang Liang).
  • Malaysia dipinjamkan Pasangan Panda Gergasi oleh Beijing.
  • Malaysia penuhi syarat Bina Penempatan Panda iatu Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) yang dianggarkan RM25 juta.
  • Bayaran sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun sebagai sewa pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang.
  • Bonus Bayaran sebanyak AS$600,000 (RM2.5 juta) kepada China bagi setiap anak panda yang lahirdi Malaysia.

Tenuk Malaysia ditolak Kerajaan China

Kerajaan tidak henti-henti meluahkan rasa bangga dan tersanjung kepada kerajaan China kerana meminjamkan pasangan panda gergasi kepada Malaysia sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik Kuala Lumpur dan Beijing. Sebagai tanda terima kasih Malaysia menghantar seekor Tenuk sebagai balasan. Namun secara terang-terangan ditolak oleh kerajaan China sehingga ke hari ini. Seumpama merayu negara terus cuba berkali-kali. Semua ini kerana kita negara bermaruah.



Negaraku Malaysia Tanah Tumpah darahku. Perkara yang berlaku dalam hubungan diplomatik Kuala Lumpur dan Beijing (40 Tahun) tiada kaitan dengan Tragedi MH370. Malah Malaysia berasa bangga dan bertuah kerana kerajaan China sudi meminjamkan Panda Gegasi (Xing Xing dan Liang Liang) kepada negara. Demi Panda Bertuah Pak Belang Hilang Belangnya.

Rakyat Malaysia Berbanggalah dengan Panda Gergasi

Kepada seluruh rakyat Malaysia, bersama-samalah kita bersatu untuk berasa bangga dengan Panda Gergasi (Xing Xing dan Liang Liang). Baru-baru ini Anak panda betina kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang selamat dilahirkan. Maka tidak hairanlah perasaan bangga yang meluap mungkin menjadikan anda teruja hampir hendak pitam. 

Memahami situasi itu Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) di Zoo Negara merancang tarikh sesuai untuk membenarkan rakyat Malaysia mengunjungi pasangan Panda Gergasi Xing Xing dan Liang Liang dan anaknya. Manakala Pak Belang hanya mengintai dari kejauhan.
Previous
Next Post »