<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Laungan Selamatkan Malaysia sambut Muhyiddin Yassin

Laungan "Hidup Tan Sri" dan "Selamatkan Malaysia" menyambut Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada jam 9.30, sekembalinya dari percutian sejak 26 Mei. Kepulangan Muhyiddin amat dinantikan kerana terdapat desas-desus di media sosial Muhyiddin akan mengumumkan sesuatu setibanya pulang daripada percutian di Australia.

Laungan Selamatkan Malaysia sambut Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengucapkan sepatah perkataan dan terus beredar tanpa mempedulikan sebarang soalan daripada wartawan yang menunggu sejak jam 6 petang bagi mendapatkan respons berkenaan Kata dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada anggota Kabinet untuk meletakkan jawatan sekiranya tidak bersetuju dengan cara beliau mengendalikan Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jika sekiranya, ada antara anda yang tidak selesa dengan perkara ini (1MDB), sila serahkan atau tulis (surat peletakan jawatan), dan saya akan faham.
— Najib Razak

Namun ketika diajukan soalan berkenaan percutiannya, Timbalan Perdana Menteri hanya melambai tangan dan memberikan senyuman kepada pemberita. Terdahulu, satu klip video menjadi viral Merujuk: Video Luahan Muhyiddin Yassin Terhadap Isu 1MDB menunjukkan Muhyiddin dalam satu ucapannya pada satu majlis tertutup dengan ahli Umno di Janda Baik, Pahang menggesa semua ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat berhubung masalah dihadapi syarikat milik Kementerian Kewangan itu. Laungan Selamatkan Malaysia sambut Muhyiddin Yassin.
Previous
Next Post »