<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Pendedahan Terperinci Pecahan Hutang 1MDB RM42 bilion

1Malaysia Development Bhd (1MDB) CEO Arul Kanda Kandasamy mendedahkan butiran terperinci hutang RM42 bilion yang diraih 1MDB firma pembangunan strategik milik kerajaan itu boleh berlaku. Penjelasan pecahan Hutang 1MDB ini diharap dapat membantu untuk membersihkan sebarang kekeliruan berhubung Isu 1MDB ini yang terlalu lama menjadi tekanan besar pada peringkat tertinggi pentadbiran Malaysia.

Pendedahan Terperinci Pecahan Hutang 1MDB RM42 bilion

Terlalu banyak spekulasi mengenai hutang RM42 bilion, dan lebih khusus lagi mengenai RM27 bilion hutang yang dikatakan hilang atau rugi. Seluruh Malaysia mendesak agar segala butiran 1MDB didedahkan. Arul Kanda sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan akhirnya menjelaskan Perincian hutang RM42 bilion 1MDB.

RM18 bilion digunakan untuk membeli aset tenaga; RM1.7 bilion untuk membeli tanah di TRX, Bandar Malaysia dan di Pulau Pinang; RM5.8 bilion untuk perbelanjaan kewangan, RM15.4 bilion merangkumi dana pelaburan dan lebihan tunai sebanyak RM0.9 bilion.
— Arul Kanda Kandasamy

Secara kasar segalanya telah didedahkan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda. Namun 1MDB juga akan menyediakan ringkasan berhubung hutang RM42 bilion telah digunakan untuk apa, maklumat yang didedahkan sepenuhnya dalam akaun 1MDB yang telah diaudit dan boleh didapati secara terbuka dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

Isu 1MDB satu Lagenda

Tiada siapa melakukan kesilapan atau yang bersalah. Tiada sebarang tangkapan dan tidak berlaku pendakwaan. Hanya pendedahan Bagaimana hutang RM42 1MDB boleh berlaku, maka segalanya selesai dan kembali seperti biasa. Suatu hari nanti Kontroversi Isu 1MDB bakal menjadi Lagenda. 1Pendedahan mampu menyelesaikan 1Juta Permasalahan. Besama kita Nantikan dan Download Pendedahan Terperinci Pecahan Hutang 1MDB seperti yang dimaklumkan.
Previous
Next Post »