<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Apakah Anugerah Ikon Guru Malaysia

Anugerah Ikon Guru ini mula diperkenalkan oleh KPM sejak tahun 2013 sebagai aktiviti tambahan sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Kalungan Pengitirafan Ikon Guru Malaysia ini sebagai tanda menghargai kecemerlangan yang telah dilakukan  oleh guru yang terpilih.

Anugerah Ikon Guru 2016

Sempena Sambutan Hari Guru 2016. Pencalonan Anugerah Ikon Guru 2016 telah dibuka. Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Lampiran di Borang Pencalonan Anugerah Ikon Guru 2016.

Apakah Anugerah Ikon Guru Malaysia

Objektif Anugerah Ikon Guru

  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan  kepada guru yang telah memberi sumbangan yang besar dan cemerlang kepada dunia,  negara,  masyarakat dan komuniti sekolah.
  • Menggalakkan  penglibatan   ramai  guru  dalam  melonjakkan  diri  sehingga ke peringkat antarabangsa.
  • Memartabatkan peranan guru dalam agenda pendidikan negara

Tujuan Anugerah Ikon Guru

Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah memberi sumbangan yang besar dan cemerlang kepada dunia, negara, masyarakat dan komuniti sekolah dalam bidang pendidikan.

Pengitirafan Berbakti Seorang Guru

Sumbangan guru bukan sekadar memberi pendidikan kepada anak muridnya sahaja tetapi perlu lebih besar daripada itu. Seseorang guru yang berilmu dan memiliki kepemimpinan yang tinggi seharusnya menggunakan kelebihan dirinya untuk menyumbang bakti kepada masyarakat yang lebih besar selain lingkungan sekolah.

Seorang Pendidik seharusnya dapat berbakti hingga ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Oleh itu, warga guru yang telah memberi sumbangan besar dalam dunia pendidikan perlu diberi pengitirafan. Justeru, sebagai tanda menghargai kecemerlangan yang telah dilakukan maka Anugerah Ikon Guru ini dikalung kepada guru yang terpilih.
Previous
Next Post »