<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Guru Alaf ke 21 sentiasa dinilai oleh Masyarakat

Para Guru Alaf ke 21 sentiasa dinilai oleh Masyarakat. Kebelakangan ini mereka umpama melakukan kaji selidik dan memantau Golongan Guru 21st Century. Penilaian dilakukan secara rawak namun ia berterusan.

Demi mendapatkan respon yang jujur dan telus dari minda seorang pendidik, mereka perlukan pastikan guru memberi respon pantas tanpa sempat untuk merujuk dahulu surat pekeliling, dasar pendidikan ataupun buku ilmiah. Dapatan sebagitulah merupakan kenyataan jujur tanpa sempat para guru berselindung. 

Guru Alaf ke 21 sentiasa dinilai oleh Masyarakat

Sesiapa saja boleh menilainya. Hasil dapatan itulah yang dijadikan skor untuk menilai seseorang guru pada masa kini. Pernahkan anda melihatnya di laman sosial? Apa pandangan anda? Demi mendapatkan respon yang banyak, mereka perlu fahami budaya pemikiran guru Malaysia. Oleh itu, mereka memilih hal-hal paling penting dalam kehidupan seorang guru. Mereka akan melakukan provokasi terhadap perkara yang guru utamakan seperti:
  • Duit Gaji, Pangkat dan Kedudukan
  • Kerja Waktu Cuti (kerja lebih masa)
  • Menghukum dan Denda Murid

Selain itu masyarakat kini lebih bijak kerana mereka mudah menggoyangkan tiang kesabaran dan meruntuhkan benteng amarah para guru. Ketika itulah realiti seorang guru yang sebenar dapat dilihat. Mereka hanya perlu usik kecil pada beberapa "Status Minda Guru" seperti
  • Guru insan unggul
  • Apapun yang guru lakukan adalah satu pengorbanan untuk murid.
  • Sekali menjadi Guru, Mulia seumur hidup
  • Guru buat sentiasa betul dan bijak
  • Tiada Guru, maka Tiadalah Doktor, Jurutera, Askar, Menteri dan sebagainya

Mungkin ini boleh aku anggap sebagai satu pengorbanan. Sakitkan diri demi Kesihatan insan lain. Sepanjang aku menjadi Guru, perkara yang paling aku benci ialah apabila terpaksa menyampaikan/menjadi sinis dalam menyatakan sesuatu. Mungkinkah semua ini akan menjadi kenangan yang tak ternilai suatu hari nanti.
Previous
Next Post »