Wahai Melayu bangsaku, usah Lemas dalam Bicara Manusia, Hayamun Lamun izinkanlah hamba menumpang lalu, di perbatasan mencoret karya, Sastera Kata sekadar kulitnya, Seloka Melayu berbahagi rasa, moga dapat dijadikan panduan, untuk aku dan juga kamu, anak cucu graha Melayu.
Awalulkalam, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Hayamun Lamun Seloka Melayu, jurus nasihat untuk yang mahu, moga dibuka hijabmu, Adam dan Hawa serta darah keturunan ini, dengan izin-Nya - In Sya Allah .
Hayamun Lamun Image Source Khayalan |
Lemas dalam Bicara Manusia - Hayamun Lamun
Kucapai pena disenjakala, kubuka ilham jendela maghribnya, ku hirup tinta mega menyala, ku lakar seloka gurih harinya, ku lakar jembangan semangat kata, ku sembah hayamun lamun namanya, ku seloka kata jadi arena, sebagai pembuka khayal manusia, mencari cahaya selindung purnama, dimana dapat ku hasratkan ia, pada kekasih lama menjelma, atau dia taat tak tiba, namun kasih tiada dilupa, tahukah kenapa begini jadinya, kenapa pilu hati merasa, kenapa hampa kosong belaka, kenapa cita maunya tiada, kenapa begini akhir jadinya, kerana hayamun datang melanda, lamun khayalan merosak jiwa, kerana fikir hilang arahnya, kerana hati punah dan lara, akibat sengat nafsu berbisa, akibat manusia mengajar bohongnya, akan cerita kosong belaka,
Kenapa suka bicara dusta, perkara lama jadi pujanya, kerana budaya dah tiada makna, segala yang ada tiada asasnya, mengikut arus ikutan sahaja, tiada teras pujaan bangsa, tiada jati hujung hayatnya, asyik akan merdu biduanda, bernasyid indah memuja Tuhannya, sedangkan nafsu menuja jua, dihujung nafas berbau sentiasa, tiada yang perasan akan hadirnya, kerana kematu sudah lidahnya, dapatkah terbeza akan suara, yang mana benar dari imannya, atau hanya lesu hidupnya, tiada irama nada bergema, hanya corong kumandang alunnya, suara panggilan tiada tujunya, hanya yang sudi menyahut sahutnya, lihat kita tenggelam akhirnya, lemas dalam bicara manusia,
Penangguh Seloka
Mula cipta rupa berupa, asalnya ciri seakan syurga, memuliakan Melayu selurh dunia, sekelian yang ghaib maupun nyata, asal sastera kalam dunia, sekelip mata menjadi ada, Hayamun Lamun ceritera Melayu dikala purba, hidupkan kembali di Kalamula. Lemas dalam Bicara Manusia - Hayamun Lamun.
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email