<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Reformasi Pendidikan (KBAT) Taksonomi Bloom

Apa itu KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah konsep reformasi pendidikan berdasarkan aras taksonomi (Taksonomi Bloom). Skema bertingkat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi mengutamakan Pemprosesan Domain Kognitif (Pengetahuan/Intelek) yang lebih daripada Domain Afektif (Sikap/Emosi dan Rohani) dan Psikomotor (Kemahiran/Jasmani). Baca juga KBAT dalam i-THINK 8 Peta Pemikiran.

KBAT, KSSR dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 

Reformasi Pendidikan (KBAT) Taksonomi Bloom

Dalam Domain Kognitif: Kemahiran Mental (Pengetahuan) Taksonomi Bloom, Kejayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah bergantung pada kemampuan mental menguasai proses
  • Pengetahuan
  • Kefahaman
  • Aplikasi
  • Analisis
  • Sintesis

Pembelajaran Kemahiran Pertimbangan Kompleks

Pemikiran aras tinggi melibatkan pembelajaran kemahiran pertimbangan yang kompleks seperti pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Proses pemikiran yang melibatkan analisis, penilaian dan sintesis (penciptaan pengetahuan baru) dianggap sebagai arahan aras tinggi, yang memerlukan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berbeza daripada pembelajaran fakta dan konsep.

Reformasi Pendidikan (KBAT) Taksonomi Bloom

Apabila melibatkan Pemikiran Aras Tinggi, samaada Belajar atau Mengajar ia pasti lebih sukar. Namun ilmu/kemahiran yang dimanfaatkan dalam kemahiran berfikir aras tinggi lebih berharga kerana dengan kemahiran tersebut sesuatu ilmu/kemahiran boleh digunakan dalam situasi baru (keadaan selain daripada yang di mana kemahiran yang telah dipelajari).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Islam

Melihat kepentingan ilmu dalam Islam, maka KBAT amat diperlukan dalam pendidikan umat Islam hari ini. Namun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang saya maksudkan bukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Saya juga melihat KBAT Taksonomi Bloom tidak selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelaktual (JERI). Wallahu'alam bissawab — Hootoh

Islam amat menggalakkan umatnya berfikir (al-fikr). Ilmuan Islam, mengkategorikan tiga peringkat Tafakkur iaitu
  1. Memberi konsep kepada sesuatu idea atau maklumat.
  2. Menumpukan perhatian terhadap sesuatu idea atau maklumat tersebut.
  3. Membawa kepada memikirkan tentang Allah sebagai Pencipta yang Maha Agung serta menghasilakan iman yang kuat.

Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau sekiranya al-Quran itu bukan dari Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalam al-Quran. An-Nisa(82)
Previous
Next Post »