Malu juga untuk saya bertanya mengenai KBAT dalam i-THINK 8 Peta Pemikiran yang hampir sama dengan teknik mengingat yang dikenali dengan Peta Minda ketika saya di sekolah rendah pada tahun 80an. Saya gagal untuk mengaitkan Mind Map i-THINK dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti yang dinyatakan dalam PPPM 2013 - 2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia oleh KPM.
Kementerian Pendidikan adalah amat hebat dan Persoalan KBAT i-THINK ini bukan kelemahan Pegawai Atasan Pendidikan Malaysia, permasalahan ini adalah dari kelemahan saya sendiri. Oleh itu, maafkan saya kerana kejahilan saya ini. Di dahului dengan ucapan Terima Kasih, Harap ada yang sudi membantu saya dan menjelaskan Bagaimana dan Dimanakah (KBAT) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi boleh berlaku dalam i-THINK 8 Peta Pemikiran?
Pelaksanaan KBAT Dalam Bilik Darjah
Merujuk Pelaksanaan KBAT Dalam Bilik Darjah, guru perlu melakukan Perubahan dalam Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Maka jika melaksanakan aktiviti kemahiran dengan memberikan nota dan mengarahkan murid melakukankan i-THINK Peta Pemikiran menunjukan murid itu berfikir dalam aras tinggi.
Bila merujuk reformasi pendidikan Kemahiran Pemikiran Aras Tinggi dimana pelajar perlu dilibatkan dengan aktiviti yang menjurus kepada tahap pemikiran yang lebih tinggi mengikut Taksonomi Bloom (menganalisis, menilai, mencipta). Dengan Pelaksanaan aktiviti Kemahiran 8 Peta Pemikiran (i-THINK), dimanakah kemahiran berfikir aras tinggi berlaku? Sila baca juga Reformasi Pendidikan (KBAT) Taksonomi Bloom. #KBAT
Teknik KBAT Pendidikan Malaysia
Sememangnya sedia maklum i-THINK membawa maksud innovative THINKing (Pemikiran Inovatif). Tapi adakah maksud nama program i-THINK itu bererti penggunaan peta pemikiran menjadikan seseorang murid itu telah berfikir dalam aras tinggi.
Apabila melakukan Carian i-THINK Malaysia lalu membaca tujuan asal dan Sejarah i-THINK 8 Peta Pemikiran dalam pendidikan di Malaysia. Bayaran dan Kontrak Syarikat yang bertanggungjawab menguruskan Laman i-THINK menjadikan saya keliru. Saya guru kurang ilmunya, jadi maafkan saya kerana kejahilan ini. Harap ada yang sudi membantu saya dan menjelaskan "Dimanakah kemahiran berfikir aras tinggi berlaku dalam i-THINK 8 Peta Pemikiran?".
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email