<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Fenomena GST Malaysia Cukai Kontroversi

GST Cukai Kontroversi di Malaysia. Tarikh 1 April dan Cukai Barangan dan Perkhidamatan menjadi Gurauan April Fool Berdarah untuk rakyat Malaysia. Kesan dari perlaksanaan GST mencetus Fenomena di Malaysia. Isu dalaman dan kebangkitan rakyat bermula sebelum ia dilaksanakan lagi. Namun jauh di sudut hati, dengan  minda positif dan pengharapan agar ekonomi negara terus maju dengan sistem percukaian baru ini.

Pelaksanaan sistem cukai (GST) itu boleh menurunkan harga barang, seperti kereta, perabot dan juga barangan elektrik
Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Ahmad Maslan

Ingatlah kerbau dipegang pada talinya dan manusia dipegang pada janjinya. Paparan semasa Fenomena GST Malaysia Cukai Kontroversi. Update about GST Malaysia.

Fenomena GST Malaysia Cukai Kontroversi

GST Phainomenon

Sesuatu yang menarik mengenai Penerangan GST di Malaysia ialah ia merupakan satu-satunya Sistem Percukaian Negara yang tidak membebankan rakyat, dimaklumkan GST tiada kenaikan harga. Apa yang paling luarbiasa Sistem GST ini dikatakan akan menguntungkan rakyat, peniaga dan kerajaan. Cukai yang tidak merugikan sesiapa.

GST Lintang Pukang

Demi menjelaskan perihal GST ini, kerajaan telah berbelanja besar untuk menyebarkan maklumat awal mengenai cukai kontroversi ini. Namun adakah rakyat mampu untuk memahami Apa itu GST, jika kenyataan para menteri juga bercanggah dan lintang pukang. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memaklumkan terdapat hanya 800 aduan mengenai GST dan ia berbeza dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek yang memaklumkan lebih 23,000 aduan mengenai GST telah difailkan melalui aplikasi MyKira GST semalam.

Hukum GST Menurut Islam

Pelaksanaan GST adalah halal mengikut Fatwa. Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan di Malaysia adalah berbeza dengan cukai yang sama dilaksanakan di negara lain. Perlaksanaan di GST Malaysia telah dilakukan kajian yang menyeluruh dan teliti selama 35 tahun. Menurut Najib GST menguntungkan rakyat, peniaga dan kerajaaan Malaysia. Sistem GST Malaysia tidak merugikan mana-mana pihak.

Kadar GST Sifar Bahan Mentah asas

Kadar GST sifar yang dikenakan terhadap kebanyakan bahan mentah asas seperti ikan, daging dan sayur membolehkan mereka membuat tuntutan terhadap cukai input. Industri Halal bakal menikmati kos menjalankan perniagaan yang rendah dengan pelaksanaan GST.

Industri Halal bakal menikmati kos menjalankan perniagaan yang rendah dengan pelaksanaan GST.
barangan dan perkhidmatan untuk dieksport.

Bantah GST Selapas Solat Jumaat

Kira-kira 200 jemaah Masjid Muhammadi mengadakan perhimpunan bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikatakan membebankan rakyat. Perhimpunan diketuai Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkaji semula pelaksanaan GST. (Kota Baharu, 3 April) Source: Perhimpunan bantah GST di Masjid Muhammadi.

Kita minta Kerajaan Persekutuan bersimpati dengan nasib rakyat Kelantan. Mansuhkan segera sistem GST. Pelaksanaan GST itu boleh menyebabkan rakyat miskin tertindas, ekoran mereka terpaksa berdepan harga barangan yang semakin meningkat.
— Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

Belum Sedia untuk GST

Kecewa dan sedih terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan GST yang dilihat kucar kacir dan tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan meskipun setelah dua tahun perancangan pelaksanaannya dibincang dan persedian pelaksanaannya dibuat oleh pihak kerajaan.

Kekeliruan GST

Harga barangan asal masih dicampur dengan SST dan ditambah dengan GST sekaligus menjadikan harga semakin mahal dan terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Seperti yang diramalkan KPDNKK dan Kastam tidak bersedia. Sistem yang digunakan tidak seragam. Kerajaan tidak bersedia untuk melaksanakan GST di Malaysia. Namun kerana terdesak, Cukai Jualan dan Perkhidmatan ini terpaksa mengambil risiko besar dan dilaksanakan juga.

Kelemahan GST di Malaysia

GST di Malaysia Kucar-Kacir menyebabkan ramai peniaga tempatan yang mengambil kesempatan. Kini hanya menunggu masa syarikat luar negara yang lebih maju teknologinya mengaut keuntungan dari kelemahan GST di Malaysia ini.

Saya amat sedih kerana sejak hari pertama penguatkuasaan, terlalu banyak isu yang timbul dari segi pelaksanaannya. Semua pihak yang terlibat tidak bersedia dan sistem yang digunakan tidak seragam.
Jamawi Jaafar 
Penerangan Pemuda UMNO Malaysia
Previous
Next Post »