<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Positif Dadah Sukan Chong Wei Wira Negara

Datuk Lee Chong Wei masih Wira Negara walaupun bersalah menggunakan Dadah Sukan Dexamethasone. Sinar gemilang dan Hari Kemenangan Jaguh Badminton Negara, Lee Chong Wei yang bersalah menggunakan Dadah Sukan Dexamethasone disambut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. 

Positif Dadah Sukan Chong Wei Wira Negara

Hari Besar untuk Jaguh Badminton Negara turut diraikan seluruh rakyat Malaysia setelah hukuman dikenakan hanya digantung 8 bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana bersalah dan positif menggunakan bahan terlarang (Dadah Sukan) Dexamethasone ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, dan boleh dikenakan penggantungan hingga dua tahun.

Lee Chong Wei Atlet Bertuah

Datuk Lee Chong Wei bernasib baik kerana menggunakan Dadah Sukan Dexamethasone pada Ogos 2014, kerana berkuat kuasa 1 Jan tahun 2015, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) meminda peraturan dopingnya dan atlet yang disahkan mengambil bahan terlarang boleh digantung sehingga 4 tahun. Oleh itu keputusan dikeluarkan BWF, memutuskan pemain berusia 33 tahun itu hanya digantung selama 8 Bulan sahaja iaitu berkuatkuasa 30 Ogos 2014 dan berakhir 30 April 2015 setelah bersalah menggunakan dadah terlarang dalam sukan.

Memori Lee Chong Wei Kejohanan Badminton Dunia 2014

Mengimbau Kehebatan Lee Chong Wei di Kejohanan Badminton Dunia (25 - 31 Ogos 2014) Ballerup Super Arena, Copenhagen, Denmark. Jaguh harapan negara dilihat mengorak langkah penuh yakin untuk mengakhiri kemarau gelaran juara dunia mempamerkan corak menyerang dan bertahan yang luar biasa dan penuh tenang menyingkirkan pilihan keenam Wang Zhengming dari China 21-8 dan 21-11 pada saingan suku akhir. Hasil usaha dan kegigihan Chong Wei selama ini akhirnya mengesahkan slot ke separuh akhir dengan sasaran untuk muncul juara di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di Ballerup Super Arena di Copenhagen, Denmark.

Hasrat Datuk Lee Chong Wei untuk bergelar gelaran juara dunia buat kali pertama tidak kesampaian apabila beliau ditewaskan oleh Chen Long dengan straight set 19-21, 19-21 pada final acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di Copenhagen Denmark.

Chong Wei didapati bersalah setelah didapati positif menggunakan bahan terlarang dexamethasone (Dadah Sukan) ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen dan boleh dikenakan penggantungan hingga dua tahun.

Badminton Malaysia dan Dadah Sukan Dexamethasone

Usah terlalu membesar-besarkan perkara yang remeh. Lee Chong Wei hanya bersalah mengambil Bahan Terlarang (Dadah Sukan) Dexamethasone sahaja. Lihatlah di ufuk yang cerah di hujung sana, satu kemenangan besar seluruh Malaysia setelah Hero Badminton Negara yang bersalah mengambil Dadah Sukan bakal berakhir hukumannya. Chong Wei perlu diraikan dan negara kembali dengan harapan untuk memburu pingat emas di Sukan Olimpik 2016 di Rio. Chong Wei masih Wira Negara walau Kes Dadah Sukan Dexamethasone.
Previous
Next Post »