11 Kata-kata memikat hati Wanita. Panduan Mengorat Noor Neelofa Mohd Noor. Senarai Ayat-ayat memikat Wanita. Bukan sekadar Seloka, ia perancangan awal yang membuktikan kesungguhan seorang lelaki untuk Memenangi hati Neelofa yang masih tidak kesampaian. Saya ketawa apabila membaca senarai Kata-kata Pemikat Wanita oleh seorang rakan Blogger Malaysia.
Ketawaku kerana ia sesuatu yang jarang dibuat orang. Namun masa hadapan milik Allah, tiada siapa dapat meramalkan jodoh yang ditetapkan.
Exalted is HE who created all pairs - from what the earth grows and from themselves and from that which they do not know.— Surah Yasin Ayat 36
Menurut sahabatku juga, Bagaimana cara mendekati @ Neelofa untuk menyampaikan ucapan memikat itu sudah ada pada diri sesiapa yang membaca Koleksi Ayat Mengorat Neelofa Ucapan Memikat Hati Wanita.
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan pada diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.
Misi Mengorat Lofa dengan Ayat Memikat Hati Wanita. Pengucapan yang mungkin kedengaran spontan itu sebenarnya permulaan untuk satu rancangan panjang untuk memenangi hati si gadis. Sememangnya ia sudah cukup untuk membuktikan kesungguhan yang dimiliki si Lelaki.
Tidak pernah meletakkan Harapan Tinggi namun melalui usaha ini, saya cuba menunjukkan Semangat Tinggi yang saya miliki. Sepertimana kata-kata semangat yang selalu diucapkannya, A goal without a plan is just a wish. — Antoine de Saint-Exupery.
11 Kata-kata memikat hati Neelofa
Koleksi Ucapan mengorat, ayat-ayat spontan yang mungkin mencuit hati wanita. Sekiranya tidak sama seperti perancangan dialog, Namun reaksi si Gadis berlalu sambil ketawa kecil. Tahniah, itu tandanya 50% usaha anda telah berjaya.
Abam Hootoh: Awak memang cantik sejak kecil ke?
Abam Hootoh: Maafkan saya, boleh cik tunjukkan arah ini kemana?
Lofa Bucuk: Tetapi takde apa-apa pun kat tangan encik.
Abam Hootoh: Memang takde, sebab saya perlukan arah ke hati cik.
Abam Hootoh: Maafkan saya, cik nampak saya tak?
Lofa Bucuk: Nampak. Kenapa?
Abam Hootoh: Jika cik nampak saya, apa kata cik cuba lihat saya lagi di cafe seberang jalan selepas waktu bekerja harini.
Abam Hootoh: Maafkan saya, adakah nama awak cik google ke?
Lofa Bucuk: Eh bukan. Kenapa?
Abam Hootoh: Sebab cik ada segalanya yang saya cari.
Abam Hootoh: Maafkan saya, cik tak penat ke hari ni?
Lofa Bucuk: Tak, kenapa?
Abam Hootoh: Sebab semalam, kita lama berbual-bual dalam mimpi saya.
Abam Hootoh: Maafkan saya, gigi saya sakit.
Lofa Bucuk: Eh kenapa encik cakap pada saya tentang ni?
Abam Hootoh: Sebab awak puncanya.. awak terlalu manis.
Abam Hootoh: Maafkan saya, cik ada berkata apa-apa kat saya tadi?
Lofa Bucuk: Takde, kenapa?
Abam Hootoh: Kalau takde, jom kita mulakan kata-kata di restoran itu.
Abam Hootoh: Saudari, 019 9518888 bukan nombor cik ke?
Lofa Bucuk: Oh tidak... salah nombor tu
Abam Hootoh: Emm, boleh berikan nombor cik unuk saya hubungi malam nanti..
Abam Hootoh: Maafkan saya, cik ada plaster luka tak?
Lofa Bucuk: Oh saya takde, kenapa, encik luka ke?
Abam Hootoh: Yer, saya luka sebab jatuh cinta dengan awak.
Abam Hootoh: Maafkan saya, ini bukan hanphone cik ke?
Lofa Bucuk: Eh Bukan....
Abam Hootoh: Patutlah takde, boleh saya dapatkan nombor cik..
Abam Hootoh: Maafkan saya, cik ni saling tak tumpah macam isteri saya yang pertama.
Lofa Bucuk: Oh yeke. Encik ada berapa orang isteri?
Abam Hootoh: Saya tak pernah berkahwin.
Lelaki: Sebab semalam, lama kita berbual dalam mimpi saya.
Memikat satu Proses Berterusan
Bagi seorang Lelaki yang pemalu amat sukar bagi mereka untuk memulakan perbualan yang menarik dengan seseorang wanita. Namun Kata-kata mengorat ini mungkin boleh menjadikan ucapan pertama kali anda lebih menarik.
Ayat Mengorat Neelofa Memikat Hati Wanita bukan khas untuk Neelofa sahaja. Ayat-ayat spontan dan lucu ini sesuai untuk memulakan perbualan yang boleh memberi kesan untuk seorang wanita. Sesiapa saja boleh mencubanya. Pastikan ia dilakukan dengan ikhlas dan bukannya satu pertaruhan dalah kehidupan.
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email