<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Menteri Pendidikan yang Terkejut - Kisah Mengejutkan

Kisah Pendidikan. Muhyiddin Yassin Terkejut di Majlis Perasmian Karnival Warna Warni. Kebelakangan ini ramai Menteri Malaysia Terkejut. Manakala Rakyat lagi terkejut kerana Menteri terkejut, sedangkan punca terjadinya terkejut itu adalah dari mereka. Namun, rakyat tidak boleh leka dengan drama terkejut di Malaysia ini. Lebih baik rakyat bersedia untuk membela diri sebelum dipersalahkan dalam perkara ini.

Menteri Pendidikan yang Terkejut - Kisah Mengejutkan

Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengatakan terkejut apabila mengetahui Malaysia berada di kedudukan corot dalam ujian piawaian antarabangsa meskipun Putrajaya memperuntukkan dana besar dalam sistem pendidikan negara.

Jadi Benarkah Kenyataan Menteri Pendidikan II baru-baru ini. Rujuk Statement Idris Jusoh di Masalah Minda Separa Sedar dan Suka Buat Pelan Baharu.
Pendidikan tinggi negara kini setaraf dengan di negara maju termasuk United Kingdom, Jerman dan Australia dari segi kualiti pendidikan. Malaysia kini menduduki tempat ke-9 daripada 30,000 universiti di seluruh dunia.
— Datuk Seri Idris Jusoh

Menurut Muhyiddin Yassin yang Terkejut, laporan ujian di peringkat antarabangsa seperti Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) dan Pengajian Antarabangsa Matematik dan Sains (TIMSS) membuktikan prestasi pelajar Malaysia masih belum cukup cemerlang.

Bila Menteri Terkejut selalunya ia satu petanda akan dilaksanakan Dasar Baharu yang bertujuan mengatasi punca terkejut itu.
— Hootoh pun Terkejut

Isu yang kita hadapi bukan sahaja kementerian namun sebagai menteri pendidikan kenapa dengan sumbangan besar kerajaan dalam bidang pendidikan pencapaian anak kita tidak setinggi berbanding negara maju? Pandai, namun diletakkan dalam ujian antarabangsa seperti TIMSS dan Pisa, ia bukan satu rahsia dan kedudukan kita dikatakan satu pertiga di bawah dan bukan di atas.

Saya selaku menteri pendidikan terperanjat dilapor begitu, namun saya perlu terima walaupun sudah dikatakan baik namun belum cukup baik. Ini merupakan kali pertama timbalan perdana menteri itu memberikan reaksinya mengenai prestasi pendidikan Malaysia dalam ranking piawaian antarabangsa.

Laporan Pendidikan Pisa dan TIMSS Malaysia

Sebelum ini, laporan pendidikan seperti Pisa dan TIMSS mendedahkan rangking Malaysia pada tahap tercorot dan berada di belakang Vietnam.Dalam ujian Pisa yang dikeluarkan pada Disember lalu, Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara. Ini menyebabkan Putrajaya termasuk Muhyiddin dikecam hebat oleh rakyat Malaysia yang menyifatkan kejatuhan prestasi  sebagai krisis pendidikan negara.

Ketika Bajet 2015, Putrajaya memperuntukkan RM56 bilion kepada kementerian pendidikan, jumlah yang tertinggi berbanding kementerian lain. Malaysia antara negara yang melaburkan sejumlah besar dalam sistem pendidikan dan ia turut disahkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Kita dapati Malaysia melabur sejumlah besar dalam pendidikan seperti 21% daripada belanjawan negara untuk bidang pendidikan sama ada pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hatta di universiti. Ini jika hendak dibandingkan negara maju ia setanding atau lebih tinggi daripada itu dari segi perbelanjaan sistem pendidikan. Bukan kata tak bernilai ia lebih besar daripada negara maju, lebih besar daripada Amerika Syarikat, ini bukti jelas, kalau ada pihak tuduh kata kerajaan Barisan Nasional tak beri tumpuan kepada pendidikan ini bohong

Menteri Pendidikan Malaysia yang Terkejut berkata, disebabkan itu kementerian pendidikan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan ibu bapa serta pihak guru perlu memahami perubahan untuk sistem pendidikan lebih baik memerlukan masa.

Siapa boleh tunggu sampai 12 tahun, memang itu lama namun ia hakikat kerana kita tak boleh buat perubahan mendadak ada sesetengah persoal kenapa menteri baru nak ubah semua, mahu itu mahu ini? Namun kenyataan kalau nak guna sistem lama maka hasilnya hanya begitu, tapi kalau kita nak buat perubahan kita kena  lakukan sekiranya tidak pelajar akan jadi mangsa sistem pendidikan tidak baik

Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Menteri Malaysia itu berkata proses perubahan pendidikan ke arah lebih baik termasuk pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi menggantikan Peperiksaan Menenegah Rendah (PMR).

Proses perubahan sudah mula berlaku, tapi ada ibu bapa tidak berapa jelas dan kita anjur seminar untuk beri kefahaman kepada mereka. Ada persoalan berbangkit  apabila PT3 dilaksanakan, mereka menyatakan keputusan anak mereka tidak cemerlang hanya beberapa A saja, namun itu hakikat nampak saja baik, namun realitinya tidak. Saya minta ibu bapa sabarlah sedikit, faham apa insiatif kita buat supaya dengan cara begitu, dari 2 tahun lagi kita boleh tentukan apa kelemahan pelajar dan kita perbaiki, ini adalah untuk kebaikan sistem pendidikan negara

Selain itu Muhyiddin Terkejut juga berkata, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya keputusan anak tidak cemerlang dalam ujian itu kerana ia dilihat sebagai penanda aras bagi kerajaan menentukan apakah kelemahan pelajar yang boleh diatasi sebelum menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia. Kisah Mengejutkan Dunia Pendidikan.
Previous
Next Post »