Walau pendidikan negara rugi jutaan ringgit disebabkan YTL Communications. Warga pendidik tetap positif dan amat mengharap KPM memilih syarikat selayaknya untuk Kontrak Baru VLE Frog nanti. Tiba-tiba.. Pelancaran Program GM1M (Vle Frog) kerjasama KPM dan YTL Communications! Eh.. Siapa ada tisu, hidung saya tiba-tiba aje keluar darah...
Program Guru Muda 1Malaysia (GM1M) VLE Frog Sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran. Mengimbau kembali ketika isu KPM jadi Kambing Hitam kerana Dipersalahkan atas Kegagalan perkhidmatan YTL Communications hingga projek 1BestariNet di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dianggap gagal. Pihak KPM mendifinisikan kementerian pendidikan menjadi kambing hitam dengan turut menunjukan rasa bersalah dan kesal dengan tragedi tersebut sedangkan pihak KPM sendiri yang memilih YTL Communications tersebut, sehinggakan syarikat Celcom dan Maxis sepatutnya lebih diyakini gagal dalam persaingan tender jutaan ringgit itu.
Setelah untung atas angin jutaan ringgit dalam projek gagal itu, YTL Communications jelas tidak tergugat dengan ura-ura pihak KPM tidak berminat meneruskan kontrak mereka. Demi menunjukkan rasa kesal atas kegagalan itu, sekali lagi KPM mengenakan Didenda RM2.4 Juta kepada YTL yang goyang kaki dengan keuntungan RM663 Juta dalam projek projek 1BestariNet VLE Frog. Malah kerajaan Malaysia terpaksa menanggung subsidi YTL RM5.77 juta – RM6.92 juta Setahun.
Hampir semua warga pendidik kecewa dengan kegagalan tersebut. Dengan hampir tamatnya kontrak YTL 1BestariNet VLE Frog. Walaupun kerugian amat besar namun warga pendidik tetap positif dan mengharapkan kejadian itu menjadi iktibar kepada pihak KPM agar lebih utamakan pendidikan telus memilih syarikat yang selayaknya untuk menyambung kontrak 1BestariNet VLE Frog. Tiba-tiba.. diumumkan Majlis Pelancaran Program GM1M kerjasama KPM dan YTL Communications. OH jiwa bercahaya ini, terasa sungguh gemilang sekali..
Tarikh: 24hb Mac 2015
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Grand Ballroom, Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak YTL Communications Sdn Bhd dan FrogAsia Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah program 1BestariNet akan menganjurkan Majlis Pelancaran Program Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Dalam Virtual Learning Environment (VLE) Frog Sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran.
Objektif program ini adalah untuk membantu melonjakan transformasi pendidikan negara dengan mengukuhkan profesion perguran di Malaysia. Sesi latihan interaktif akan disediakan untuk guru-guru muda di bawah usia 40 tahun dalam menggunakan teknologi Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran.
Melalui program ini Program GM1M yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, guru-guru muda yang terlatih bukan sahaja berupaya membimbing murid-murid dengan lebih efektif, tetapi juga akan berkongsi kemahiran yang dipelajari bersama guru-guru lain. Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Projek KPM dan YTL.
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email