<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Salahkah Rosmah Mansor Menjaga Nama Baik Malaysia

Rosmah Mansor Isteri Datuk Seri Najib Razak berkata perkahwinan kanak-kanak jarang berlaku di Malaysia berikutan sistem pendidikan negara yang baik dan kadar kemiskinan yang rendah. Perundangan Malaysia, menurut Rosmah menyekat dan mempunyai pendekatan lebih berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada dipaksa untuk berkahwin pada awal usia. Walaupun tidak dinyatakan fakta secara detail, namun salahkah Rosmah Mansor cuba Menjaga nama baik Malaysia.

Salahkah Rosmah Mansor Menjaga Nama Baik Malaysia

Kenyataan Rosmah Mansor bagaimanapun dikritik oleh Gabungan Organisasi Wanita Bertindak Bagi Kesamarataan Gender (JAG) yang mana menolak kenyataan isteri perdana menteri itu, bahawa perkahwinan kanak-kanak di Malaysia jarang berlaku. Kumpulan-kumpulan Wanita ini seumpama menentang tindakan Rosmah yang cuba menjaga nama baik Malaysia di mata dunia.. Salahkah Rosmah Mansor cuba Menjaga Nama tanah airnya.

Salahkah Rosmah Mansor Menjaga Nama Baik Malaysia

Rosmah berada New York kerana mengiringi Najib sempena lawatan kerja dan menghadiri sesi ke-70 Perhimpunan Agung PBB turut berkongsi pengalaman Malaysia mengatasi masalah perkahwinan kanak-kanak semasa mesyuarat pagi Yayasan Ford di New York pada Selasa (Rabu di Malaysia).

JAG terdiri daripada gabungan NGO wanita, termasuk Sisters in Islam (SIS), All Women’s Action Society (AWAM), Persatuan Pertolongan Wanita (WAO) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER). Salahkah Rosmah Mansor Menjaga Nama Baik Malaysia. Jika anda diajukan soalan yang sama di persidangan dunia, apakah jawapan anda.
Previous
Next Post »