<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Tudung ajaran Kitab Taurat - Surat Kassim Ahmad

Pakaian Tudung oleh Wanita. Surat Dr Kassim Ahmad kepada Tan Sri Muhiyuddin Yassin. Menurut Kassim Ahmad, rambut wanita bukan 'aurat. Oleh itu tidak perlu ditutup dengan pakaian tudung. Sumber Blog Kassimahmad.

Tudung ajaran Kitab Taurat - Surat Kassim Ahmad

Dalam surat kepada Timbalan Perdana Menteri itu, Kasim turut sertakan 2 Bukti dari Quran bahawa tudung bukan wajib. Menurutnya Pakaian tudung dimestikan mengikut terkandung dalam ajaran Kitab Taurat. Berikut ialah surat rasmi bertajuk Pakaian Tudung oleh Wanita oleh Dr Kassim Ahmad

Daftar A. R. 31 Disember. 2014.

YAB Tan Sri Muhiyuddin Yassin,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putera,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502, Putrajaya, Malaysia.

Pakaian Tudung oleh Wanita

Saya menulis surat ini untuk menarik perhatian Tuan kepada pakaian tudung oleh kebanyakan kaum wanita kita sekarang. Quran memberitahu kita bahawa rambut wanita bukan 'aurat. Oleh itu tidak perlu ditutup dengan pakaian tudung.

Apa yang tidak disuruh oleh Tuhan dalam kitab suci Quran tidak harus kita lakukan. Kalau kita lakukan kerana sesuatu sebab, kita akan mengundang mudarat.

Tudung suatu perkara baru di Malaysia. Dulu ibu saya dan wanita-wanita Melayu sezaman dengan beliau pakai selendang. Pakaian tudung dimestikan mengikut ajaran Kitab Taurat, Perjanjian Baru (Korintus 1, 11: 2) yang sudah pun diganti dengan kitab Quran.

Ada dua bukti dari Quran bahawa tudung bukan wajib
  1. Kod pakaian wanita disebut dalam surah 24 (Al-Nur), ayat 30-31
  2. Wuduk dalam Surah 5 (Al-Ma'edah), ayat 6

Malangnya, ahli perundangan Islam, Imam Shafi'e (767-820) yang datang 135 selepas Nabi Muhammad wafat memperkenalkan satu doktrin baru tentang dua sumber utama, Quran dan Hadis. Sebelum ini tidak ada Hadis. Misi Nabi Muhammad tidak lain dan tidak bukan menerima dan menyampaikan Quran kepada dunia. Hadis dikutip oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain setelah doktrin Shafi'e diterima.

Yang anehnya, kerap kali Hadis mengatasi Quran, seperti dalam doktrin sembahyang tiang agama. Mengikut ajaran Quran, tiang agama itu tauhid. Tanpa pegangan tauhid, semua amal ibadah batal.

Saya mohon Tuan akan menerangkan perkara ini kepada para guru dan pelajar. Beri masa yang cukup (katalah 6 bulan) untuk masyarakat kita membuat perubahan. Mungkin Tuan patut menjemput tokoh-tokoh agama untuk memberi taklimat tentang perkara ini.

Sekian dimaklumkan.
Terlebih dulu diucapkan berbanyak terima kasih.

(Kassim Ahmad)
Salinan: YAB Perdana Menteri, Malaysia.

Pakaian Tudung oleh Wanita - Dr Kassim Ahmad

Kenyataan Kontroversi Dr Kassim Ahmad Malaysia's foremost thinker and philosopher. Popular dengan Gerakan Anti Hadis bersama Osman Ali.  ialah Kian lama kita mati dalam setia, Kali ini kita hidup dalam durhaka! merupakan ata-kata popular Kassim Ahmad yang menarik untuk dijadikan renungan.
Previous
Next Post »