Misi Imperialisme Pendidikan ETA 2015 Program Fulbright. 15 Sukarelawan ETA pembantu guru Bahasa Inggeris adalah barisan awal daripada 100 siswazah muda dari Amerika Syarikat yang menyertai Program Fulbright English Teaching Assistant ETA sesi 2015.
Globalisasi Pendidikan lebih telus menjadikan Malaysia bukan hanya dijajah melalui Filem dan Hiburan, malahan negara barat kini diberi ruang khas seiring dalam sistem pendidikan pula. Dalam usia yang muda guru ETA ini diajar mengenal sosiobudaya di Pantai Timur agar memahami corak pemikiran masyarakat Melayu.
Seramai 146 sukarelawan ETA telah membantu anak Terengganu dalam memperkukuhkan kemahiran Bahasa Inggeris di dalam dan luar sekolah sejak Program ini bermula di Terengganu sejak 2006.
Sekarelawan ETA diberi pendedahan mengenai masyarakat Malaysia masih berpegang teguh kepada adat, tatasusila dan agama. Mereka perlu didedahkan dan diberi informasi yang jelas tentang apa yang boleh dan tak boleh serta bagaimana sistem kehidupan kita di Pantai Timur khususnya. Apabila mereka faham dan kenal masyarakat Malaysia, maka mudahlah Sukarelawan ETA menyampaikan fahaman melalui perkongsian ilmu kepada kita.
Sejak dahulu lagi masyarakat Melayu amat Menyanjungi Bangsa Barat Berkulit Putih. Nampaknya propaganda Orang Kulit Putih Mulia amat sukar dikikis oleh bangsa kita. Guru Malaysia yang berpengalaman diharap dapat belajar dari siswazah muda dari Amerika Syarikat ini dan berkongsilah ilmu yang ada.
Kerajaan sangat memberi tumpuan berkaitan Program ini kerana merasakan mampu meningkatkan motivasi serta penguasaan Bahasa Inggeris memandangkan budaya menyanjung bangsa barat telah sebati dalam masyarakat melayu sejak zaman penjajahan British lagi.
Alhamdulillah demi kemajuan Pendidikan, bersamalah kita menyokng KPM menjayakan Kursus Berorientasikan Barat ini. Imperialisme Pendidikan Program Fulbright English Teaching Assistant (ETA)
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email