<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Nasib MH370 Laporan Interim Status Akhir

Status Akhir dan Nasib MH370. Laporan Interim Hasil Siasatan MH370 Setahun Tragedi akan diumumkan kepada seluruh dunia. Laporan Rasmi Hasil Siasatan tersebut akan memuktamadkan status misteri mengenai Trragedi Kehilangan MH370 Pesawat Boeing 777 #MAS - Seterusnya Kerajaan Malaysia bakal menentukan usaha mencari akan diteruskan atau tidak. Manakala Soal Bayaran Pampasan kepada waris penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia Airlines akan ditentukan selepas status pesawat itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum dimuat naik ke Status MH370 Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Nasib MH370 Laporan Interim Status Akhir Bellicose Media Touch

Laporan Akhir MH370 diumumkann 7 Mac 2015

Laporan Interim MH370 Pengumuman Hasil Siasatan Kehilangan Misteri Pesawat Boeing 777 Penerbangan Malaysia Airlines dan bakal menjawab segala Persoalan MH370 secara muktamat. Laporan Akhir MH370 dikeluarkan 7 Mac 2015 dan bakal mendedahkan butiran hasil siasatan Kehilangan MH370 Pesawat Malang dalam tempoh setahun semenjak 8 Mac 2014 kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia.

Pengumuman Khas 29/1/2015 Status Pesawat MH370 

Pengumuman Khas Tragedi MH370 satu Kemalangan dan Semua 239 penumpang dan anak kapal Terkorban. Pengistiharan Khas Status Pesawat MH370 telah diumumkan pada 29 Januari 2015 kepada Umum.

Malaysia secara rasmi mengisytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap telah kehilangan nyawa, selepas 327 hari tragedi kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lalu, kemungkinan besar tiada mangsa yang terselamat.

Maka, dengan berat hati dan penuh dukacita, bagi pihak kerajaan Malaysia, kami dengan rasminya mengisytiharkan bahawa penerbangan Malaysia Airlines MH370 merupakan satu kemalangan.. ..kesemua 239 orang penumpang dan anak kapal dalam penerbangan #MH370 kehilangan nyawa mereka.
Perisytiharan dibuat mengikut Piawai Konvensyen Chicago.- Jabatan Penerbangan Awam (#DCA)

Kerajaan Malaysia sedar pengisytiharan terhadap insiden yang menimpa MH370 ini amat sukar untuk dipertimbangkan oleh keluarga 227 penumpang dan 12 anak kapal, apatah lagi menerimanya. Namun melalui pengisytiharan ini, ia diharapkan akan membolehkan waris mendapatkan bantuan yang mereka perlukan, terutamanya dalam proses tuntutan insuran dan soal pampasan.

Kerajaan Malaysia memberi jaminan pencarian pesawat MH370 tetap kekal sebagai keutamaan. Selain komited untuk meneruskan semua usaha pencarian dasar laut pesawat MH370 adalah berterusan dengan melibatkan empat kapal untuk membawa kepada penutupan terhadap tragedi malang tersebut. Malaysia amat terhutang budi kepada semua negara dan individu atas bantuan dan sokongan yang diterima selama ini.

MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. Sehingga kini ia kekal misteri dan masih belum ditemui. Pengisytiharan Status Rasmi MH370 diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Majlis Tahlil Penumpang dan anak kapal MH370

Tahlil Mangsa MH370 Jumaat 30 Januari 2015. Umat Islam di seluruh negara diseru supaya mengadakan majlis tahlil khusus untuk semua penumpang dan anak kapal pesawat MH370 selepas solat Jumaat 30 Januari 2015

Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya serta seluruh masjid di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengadakan majlis tahlil khas sejurus selepas solat Jumaat. Sumber: Pengarah Jakim Datuk Othman Mustaph.

Prosedur Sijil Kematian Mangsa MH370

Bincang prosedur pengeluaran Sijil Kematian Mangsa MH370, bagi memudahkan anggota keluarga mangsa MH370. Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Peguam Negara akan berperanan menguruskan Sijil Kematian Mangsa MH370

Jabatan Pendaftaran Negara #JPN berbincang dengan Jabatan Peguam Negara dan pihak mahkamah secara terperinci terhadap aspek perundangan bagi melicinkan sebarang proses yang perlu jika ada tuntutan melibatkan jabatan berkenaan. Sumber: Ketua Pengarah JPN Datuk Sulaiman Keling.

Hasil Siasatan Pesawat MH370

Penentuan MH370 Malaysia. Laporan interim itu adalah Pendedahan Umum Hasil Siasatan Pesawat MH370 yang masih hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sebelum ini usaha mencari pesawat jenis Boeing 777 itu dilakukan di selatan Lautan Hindi, iaitu lokasi terakhir MH370 selepas tersasar daripada laluan asal ke Beijing.

Nasib Pesawat MH370 Status Akhir Laporan Interim
Setahun Tragedi MH370 Image source Redbubble

Setahun Tragedi MH370 Dalam Ingatan

Pesawat itu membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi itu, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. 

Tabahkan Jiwa Mereka dan Teguhkan Iman mereka, Waris Mangsa MH370 setelah Malaysia mengumumkan Status Akhir dan Penentuan yang terjadi. Wallahu'alam bissawab. Takziah serta Doa #MH370 dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya. Al Fatihah. 
Previous
Next Post »