Pelajar Bunuh Diri di Simpang Tiga, Kampung Gong Kemuntong, Jertih. Remaja lelaki pelajar di tingkatan satu dipercayai menggantung dirinya dan mati bunuh diri dalam bilik tidurnya. Walaubagaimanapun disahkan Mangsa sudah berhenti sekolah dan tiada menglibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Beberapa hari sebelumnya, Kesedihan dan Kekesalan Datuk Seri Najib Razak mengenai Kes Pelajar Tingkatan 5 Bunuh diri kerana kecewa dengan SPM memberi Tamparan kepada Sistem Peperiksaan Kementerian Pendidikan.
Beberapa hari sebelumnya, Kesedihan dan Kekesalan Datuk Seri Najib Razak mengenai Kes Pelajar Tingkatan 5 Bunuh diri kerana kecewa dengan SPM memberi Tamparan kepada Sistem Peperiksaan Kementerian Pendidikan.
Pelajar SPM Bunuh Diri Lepas Jawab Soalan "Add Maths"
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa simpati beliau kepada keluarga seorang pelajar yang membunuh diri kerana tidak dapat menjawab soalan kertas peperiksaan Matematik Tambahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Sedih baca mengenai pelajar Tingkatan 5 yang bunuh diri akibat kecewa tidak dapat jawab soalan SPM. Takziah kepada ibu pelajar tersebut atas kehilangannya. Saya kongsi perasaan sedih keluarga mangsa. Meskipun penting, peperiksaan bukan segalanya. Perkara paling utama adalah ikatan kekeluargaan,- Najib Najib Tun Razak
Terkejut dengan Tindakan keterlaluan Bunuh Diri hanya disebabkan tidak dapat menjawab soalan SPM. Sememangnya benar sepertimana kata kata Najib Razak "peperiksaan bukan segalanya". Mungkin DS Najib belum tahu telah wujudnya kegilaan perlumbuaan Gred Purata Sekolah (GPS) di seluruh negeri. Sekiranya GPS jatuh ia satu mimpi ngeri.
Bayangkan bertapa bersungguh-sungguhnya guru berusaha mengajar murid agar lulus dalam peperiksaan. Dari pagi hingga ke kelas tambahan petang. Malam pula guru merancang strategi pengajaran untuk esok hari dan pelajar sudah tentu ada tuisyen pada sebelah malamnya.
Apa yang lebih penting lulus UPSR untuk memastikan GPS sekolah selamat. Tiada tekanan dari Jabatan Pendidikan Daerah. Samaada murid mendapat cemerlang A itu perkara ke dua. Selamatkan Gred Purata Sekolah (GPS) guru-guru sibuk membuat ramalan keputusan UPSR untuk Pengiraan GPS agar tidak jatuh dari tahun sebelumnya atau tidak kurang dari gred purata negeri (GPN) seterusnya Gred Purata Nasional (GPN).
Jika tidak sengsaralah guru-guru di sekolah tersebut kerana tekanan dan menjadi target. Hingga tumpuan mengajar pun terganggu. Sebenarnya guru perlu mengajar dengan sehabis baik sahaja, mengenai kaedahan formula pengiraan Gred Purata Sekolah (GPS) ini bukan kerjabuat cikgu untuk mengiranya. Ia dilihat telah menjadi satu gangguan emosi untuk guru di sekolah.
Oleh itu apa yang disuarakan Datuk Seri Najib Tun Razak "peperiksaan bukan segalanya. Perkara paling utama adalah ikatan kekeluargaan" itulah yang sebetulnya, tetapi ia tidak mungkin berlaku melihatkan realiti sebenar hari ini.
Susulan Remaja 13 Tahun Bunuh Diri di Terengganu
Berlaku pula susulan Bunuh Diri selang beberapa hari saja. Walaupun tidak melibatkan SPM, tapi punca tekanan perlu diberi perhatian. Remaja 13 tahun disedari mati gantung diri setelah Abang iparnya memanggilnya beberapa kali untuk ke bandar Jertih. Namun tiada sahutan dari Mangsa yang ditegaskan sudah berhenti sekolah itu. Mencurigai ada sesuatu yang tidak kena, abang ipar mangsa bersama rakannya yang berada di rumah membuka pintu bilik.
Melihat adik iparnya tergantung tergantung di alang bumbung rumah. Sebaik menurunkan mangsa dan membuka tali yang terikat di leher, Abang ipar mangsa terus membawanya ke Hospital Besut.
Namun mangsa telah disahkan meninggal dunia. bedah siasat oleh pihak Hospital Besut mendapati kematian mangsa berpunca daripada gantung diri dan tidak ada kesan kecederaan lain pada bahagian luar dan dalam badan. Extra: Kanak-kanak Malaysia Berisiko alami Masalah Mental .
Polis Daerah Besut mengesahkan kejadian itu memaklumkan bahawa mangsa menggunakan tali buaian yang digantung pada kayu alang rumah untuk membunuh diri. Pada hari kejadian, abang ipar ada memarahi mangsa kerana memukul anaknya. Siasatan awal tidak menemui unsur jenayah di tempat kejadian dan polis masih menyiasat punca mangsa menggantung diri.
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email