<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Kesalahan Menjawab Soalan Sains Bahagian B

Kesalahan dan Kesilapan ketika menjawab Soalan Sains Bahagian B (Item Subjektif) Peperiksaan Sekolah Rendah. Panduan dan Teknik Menjawab Soalan Sains Bahagian B dan Kesilapan Lazim yang sering berlaku dalam Menjawab Soalan UPSR Sains Bahagian B.

Kesalahan Menjawab Soalan Sains Bahagian B

Panduan dan Tips Menjawab Soalan Sains Sekolah Rendah. Berikut merupakan Kesilapan Lazim yang sering dilakukan murid/pelajar ketika menjawab Soalan Sains Bahagian B kemahiran proses sains.

Soalan Corak Perubahan

  1. Beri lebih daripada satu Pola/Corak untuk pembolehubah yang mempunyai satu corak sahaja.
  2. Tidak dapat membaca corak perubahan dengan betul.
Nota: Cara membaca corak daripada rangsangan soalan (jadual/carta palang) daripada kanan ke kiri atau bawah ke atas.

Skema        : bertambah
Contoh 1    : bertambah dan bertambah                         (BETUL)
Contoh 2    : bertambah dan (berkurang)                       (SALAH)
Contoh 3    : bertambah, bertambah dan bertambah      (BETUL)
Contoh 4    : bertambah, (berkurang) dan bertambah    (SALAH)


Soalan Tujuan Penyiasatan

  1. Tertinggal perkataan HUBUNGAN.
  2. Pola ditulis bersama pembolehubah.
Nota: Untuk mengkaji/menyiasat hubungan (PB.dimanipulasi) dengan (PB.bergerak balas).


Soalan Ramalan

  1. Menyatakan dalam Bentuk Julat.
Skema        : 30
Contoh 1    : 21 – 45              (SALAH)
Contoh 2    : 25 hingga 45     (SALAH)
  1. Tertinggal perkataan PALING/LEBIH DARIPADA/KURANG DARIPADA/ANTARA untuk meramal pada set data bukan nombor.
  2. Menyatakan unit yang salah
Nota: Unit tidak perlu ditulis.


Soalan Kesimpulan dan Hipotesis

  1. Tidak menyatakan Pola/Corak perubahan.
  2. Silap menyatakan Pola/Corak perubahan.
  3. Pola/Corak perubahan terkalih.
  4. Menulis jawapan untuk soalan tujuan penyiasatan.

Soalan Pembolehubah/Maklumat

  1. Pembolehubah tiada parameter.
  2. Pembolehubah ditulis bersama pola/corak perubahan.
  3. Calon keliru/tidak tahu kedudukan pembolehubah dalam rangsangan soalan.
  4. Untuk soalan berikan satu maklumat, calon menyatakan lebih daripada satu jawapan. Jawapan pertama sahaja disemak.
  5. Untuk soalan berikan maklumat, calon tidak menyatakan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas atau calon hanya menyatakan satu pembolehubah sahaja.

Soalan Inferens

  1. Menyatakan pemerhatian.
  2. Memberikan inferens pada objek/rujukan lain.
  3. Tiada perbandingan. (paling/lebih daripada/lebih berbanding/berbanding)
  4. Membuat pernyataan LEBIH DARIPADA pada objek bersifat mutlak – lebih lelaki, lebih neutral.
  5. Membuat perbandingan bagi soalan menyatakan dua inferens pada ruang jawapan kedua.

Kesilapan Lazim Menjawab UPSR Sains Bahagian B

Soalan Bahagian B dalam Kertas Peperiksaan UPSR Sains digubal untuk menguji tahap penguasaan murid dalam kemahiran proses sains, selain memastikan proses pembelajaran memberi pengalaman bermakna dan membantu membangunkan modal insan yang memiliki kemahiran berfikir aras tinggi. Kesalahan murid dalam menjawab soalan Sains Bahagian B ini adalah ihsan dan sumbangan Guru Pemeriksa Kertas Sains UPSR.
Previous
Next Post »