<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Rampas Cecair Nikotin Vape atau e-Rokok Tanpa Lesen

Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan kempen di seluruh negara bagi membanteras penjualan cecair nikotin tanpa lesen yang digunakan untuk vape atau rokok elektronik (e-rokok). Di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983, cecair nikotin vapor atau e-rokok diletakkan sebagai racun kategori C yang hanya boleh dijual atau dibekalkan sebagai ubat atau bahan dalam ubat oleh pengamal perubatan berdaftar. Extra: Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah.

Rampas Cecair Nikotin Vape atau e-Rokok Tanpa Lesen

Jika didapati tidak memiliki lesen untuk menjualnya, e-rokok atau vapor yang mengandungi cecair itu akan dirampas.
 — Datuk Seri Dr S Subramaniam

Pembanterasan adalah proses berterusan dalam membantu memulihkan kadar kutipan cukai produk tembakau yang menyusut setelah perokok tidak lagi membeli rokok tembakau setelah vape atau e-rokok diperkenalkan. Rampas Cecair Nikotin Vape atau e-Rokok Tanpa Lesen itulah Ikrar Kementerian Kesihatan.

Bagi membolehkan Pembanterasan vape atau e-rokok dilakukan mengikut undang-undang, Kementerian Kesihatan terpaksa menggunakan Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 dalam kempen membanteras penjualan cecair nikotin tanpa lesen.

Keliru, apa sebenarnya yang berlaku. Pernah mereka kata Vapor atau e-Rokok haram, hingga diselitkan dalam khutbah Jumaat. Selepas beberapa hari mereka berikrar Rampas Cecair Nikotin Vape atau e-Rokok Tanpa Lesen pula. Apakah begitu mudah mengharamkan dan menghalalkan sesuatu.

Di bawah Akta Racun, nikotin diletakkan sebagai racun kategori C yang hanya boleh dijual atau dibekalkan sebagai ubat atau bahan dalam ubat oleh pengamal perubatan berdaftar. Tetapi bagi Rokok Tembakau, nikotin dalam tembakau dikecualikan daripada Akta itu kerana kawalan tembakau terletak di bawah Akta Makanan.

Walaupun tiada bukti dan fakta yang sahih. Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan e-rokok kerana ia berbahaya kepada kesihatan. Kementerian Kesihatan juga bersungguh-sungguh cuba meyakinkan masyarakat Malaysia mengenai e-Rokok, vapor atau nikotin elektronik menggunakan alat dan cecair pelbagai perisa yang menggunakan kuasa bateri dan mengeluarkan asap adalah sama seperti merokok tetapi tanpa tembakau. #Vapor #e-Rokok
Previous
Next Post »