<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah

Larangan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama sedang merangka peraturan tentang larangan penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah. Larangan penggunaan vape di sekolah tidak banyak berbeza dengan larangan merokok di sekolah. Sumber: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah

Kementerian berharap ibu bapa dapat mengawal anak-anak (tentang penggunaan vape), jika hanya bergantung kepada guru dan pihak sekolah sahaja tidak boleh. Tapi jika sekolah dan ibu bapa serta pelajar itu sendiri mempunyai tanggungjawab, maka saya ingat tidak ada masalah
— Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Bagi memulihkan kembali jualan rokok tembakau, pelbagai usaha untuk menjatuhkan jualan Rokok Elektronik atau Vape telah dilakukan. Walaupun kelihatan agak melucukan. Semoga tiada pihak yang cuba memulakan Kempen Hisap Rokok Tembakau dalam usaha menambah pendapatan negara melalui cukai produk tembakau.

Komuniti Vape Mahukan Peraturan Lebih Baik dan seakan Faham maksud disebalik sebenar disebalik serangan dari kerajaan dan agensi-agensi lainnya. Meningkatnya Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape adalah punca kejatuhan pasaran rokok tembakau yang mana turut mengurangkan kutipan cukai kerajaan.

Cadangan cecair perisa rokok elektronik (e-rokok) atau vape yang bernikotin dikenakan cukai oleh Komuniti Vapor seolah-olah memahami hasrat sebenar kerajaan sebelum ini. Memandangkan hanya berbaki beberapa bulan saja lagi tempoh untuk melangsaikan hutang 1MDB, sudah tentu pengurangan hasil cukai produk tembakau mencemaskan kerajaan Malaysia

Baru-baru ini tersebar khabar angin yang Malaysia akan mengharamkan Vape. Sebagai bukti menunjukkan sokongan yang seiring dengan kerajaan,  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengharamkam Vape. Hingga kini belum ada kajian dari mana-mana negara yang mengatakan Vape adalah pilihan yang merbahaya. Namun apa yang menariknya ialah  Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan dari kajian mereka Kandungan cecair vape adalah Bahaya. Sedangkan sebelum ini Kementerian Kesihatan boleh terlepas pandang Produk paracetamol syrup 120 miligram/5 mililiter yang akhirnya ditarik balik kerana mengandungi alkohol.
Previous
Next Post »