Isu Hukuman Merotan Murid di Sekolah. Persoalan Kenapa merotan murid oleh guru di sekolah tidak lagi relevan tercetus Apabila merujuk keyataan Yasmin Hani Ismail Richardson "merotan anak murid oleh guru tidak lagi relevan". Walaupun pemahaman saya tidak semestinya tepat, namun sesuatu yang baik dapat saya fahami. Secara rasionalnya, guru perlu meletakkan murid sebagai pelanggan utama di institusi pendidikan.
Walaupun tidak 100% sama maksudnya, namun saya dapat selarikan rasa setuju saya dengan Kenyataan Yasmin Hani
"Merotan anak murid oleh Guru tidak Lagi Relevan". Apatah lagi bila saya tidak mampu lagi
menafikan bahawa Sistem Pendidikan Sekular di Malaysia boleh berubah sejak ia diperkenankan setelah dieksploitasikan wakil British di Malaysia pada 16 Mei 1956, setahun sebelum Bendera Union-Jack diturunkan dari bumi Malaya.
Saya melihat kenyataan Yasmin Hani atas kapasiti beliau sebagai seorang selebriti yang memiliki sejarah kontroversinya yang tersendiri. Oleh itu saya merasakan, kenyataan beliau tidak cuba menyentuh mengenai Hukum Rotan dalam Islam apatah lagi mengenai Hukum Hudud. Jika dikatakan atas rasa tidak selamat, ia boleh diragukan memandangkan anak beliau Noah Ismail Wong masih kecil dan belum bersekolah.
Oleh itu atas kapasiti seorang guru, adalah tidak adil jika kita menghukum dengan melihat hanya pada lapis pertama.
Saya melihat kenyataan Yasmin Hani atas kapasiti beliau sebagai seorang selebriti yang memiliki sejarah kontroversinya yang tersendiri. Oleh itu saya merasakan, kenyataan beliau tidak cuba menyentuh mengenai Hukum Rotan dalam Islam apatah lagi mengenai Hukum Hudud. Jika dikatakan atas rasa tidak selamat, ia boleh diragukan memandangkan anak beliau Noah Ismail Wong masih kecil dan belum bersekolah.
Demi masa, tugas guru semakin mencabar. Jalur Jiwa dan Aliran Waktu seorang guru perlu banyak arahnya di sekolah agar sentiasa bersama murid-murid.— Hootoh Pendidikan
Kes Rotan Bayangan
Pendapat Hukuman Merotan anak murid Pelakon Yasmin Hani. Agar mudah dihadam akal dan jiwa, saya menciptakan satu Kes Rotan Bayangan. Ini bukan kejadian sebenar oleh itu kisahnya tidak lah terlalu dramatik.Seorang murid tidak siap kerja sekolah, guru beri amaran, namun murid menjawab biadap. Guru merotan dan mungkin ada sedikit kesan. Ibu bapa datang mendapat penjelasan, namun selalu belaku miss comunication. Maka kes rotan itu mula panas, kenyataan akhbar, pihak polis, saman menyaman, kes-kes lama, ungkit mengungkit dan pelbagai lagi.Isu begini akan mengganggu emosi saya. Sudah tentu saya tidak fokus pada Pengajaran haian dan murid-murid saya. Mungkinsaya perlu ke balai polis, menjelaskan kepada pegawai pendidikan. Malah di kejiranan juga ramai yang datang kerumah menyatakan simpati dan tidak kurang memerli. Saya guru tidak kuat jiwanya, jika Kes ini berlarutan seminggu lamanya mungkin saya terabai mengenai rancangan tahunan yang saya rancang utuk murid saya.Mungkin saya terpaksa ambil cuti sekiranya terlalu penat atau kes itu berlanjutan ke Makhamah. Dalam tempoh itu di sekolah mungkin bukan lagi seorang murid saya yang tidak siapkan kerja rumah. Sungguh malang nasib saya, cuba membetulkan seorang murid tidak siap kerja rumah dengan hukuman rotan, namun akhirnya sekelas murid saya agak terabai.. Tidak kisahlah saya menang atau tidak dalam kes tersebut, kerana keutamaan tugas seorang guru ialah mendidik.
Jika Hukuman Merotan anak Murid memberi Impak Besar seperti Kes Rotan Bayangan di atas. Agak kurang bijaksana jika saya memilih hukuman merotan kepada murid saya. Untuk terus releven dengan hasrat mendidik buat masa ini dan sentiasa ingin bersama murid agar mendidik menjadi satu usaha berterusan, saya perlu play safe dalam semua perkara. Mungkin Merotan anak Murid bukan pilhan utama saya.
Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran
Memandangkan Budaya dan Sistem Sekular diamalkan dalam Pendidikan di Malaysia. Saya Bersetuju dengan Kenyataan merotan anak murid oleh guru di sekolah tidak lagi relevan oleh pelakon Yasmin Hani. Memandangkan Budaya dan Sistem Sekular diamalkan dalam Pendidikan di Malaysia. Maafkan ini hanya Pendapat peribadi.
Makluman di bawah tidak sepatutnya saya sertakan bersama. Namun memandangkan sikap dan budaya kita yang cepat melatah dan suka menggunakan kata-kata kasar. Maka saya sertakan juga AMARAN dan PERHATIAN (dengan Caps Lock) demi menjaga Nilai-nilai murni kemanusiaan kita semua
- AMARAN Tiada langsung menyentuh Hukum Hakam Merotan dalam Islam terdapat dalam entri ini. Tiada perkataan Hukum Hudud dalam entri diatas.
- PERHATIAN Hukuman merotan anak murid oleh guru di sekolah tidak lagi Relevan. Maksud "tidak releven" disini apabila dikaitkan dengan Budaya dan Sistem Pendidikan Malaysia.
Walaupun Kenyataan merotan anak murid oleh guru di sekolah tidak lagi relevan yang dituturkan oleh Yasmin Hani baru-baru ini agak umum. Namun bagi nampaknya telah menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak terutamanya yang memiliki Minda Terkepung. Namun usahlah kita mencemuh dan bertindak tidak rasional dalam masa terlalu banyak isu-isu lain yang lebih layak diutamakan. Kes Rotan Bayangan Isu Merotan Murid Sekolah.
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email