<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Skala Gred Peperiksaan Sekolah Rendah

Perubahan Skala Gred Peperiksaan Sekolah Rendah masih mengelirukan saya. Hingga kini saya masih ternanti-nanti surat makluman rasmi atau pekeliling mengenai Julat Markah untuk Sistem Gred Peperiksaan baharu ini sama ada dari KPM atau Lembaga Peperiksaan. Ataupun mungkinkah surat hitam putih rasmi sudah lama dihantar dan saya sudah terlepas pandang.

Gambar Credit: Muhtarsuhaili

Selain dari SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, saya juga mengetahui perubahan Skala Gred Kebangsaan ini dari khabar angin yang tersebar secara sembunyi-sembunyi mengatakan Julat Markah dan Gred baru akan digunapakai bermula tahun 2015 bagi Sekolah Rendah. Rujuk: Sistem Gred dan Julat Permarkah Baru oleh KPM.

Memandangkan Skala Gred Kebangsaan yang sebelumnya sudah sebati dengan rakyat Malaysia, Saya merasakan Perubahan Julat Permarkah dalam Sistem Gred Baharu ini perlu dimaklumkan secara rasmi dan lebih beradap.

Secara peribadi saya merasakan Skala Gred Peperiksaan Kebangsaan ini tidak boleh sekadar cakap mulut dan whatsapp sahaja. Skala Gred Kebangsaan yang sebelum ini juga sudah sebati malah menjadi Sistem Gred dalam Buku Kemajuan Pelajaran saya sejak sekolah rendah lagi.

Skala Gred Peperiksaan Sekolah Rendah

Ada sekolah yang sudah mengganggap Julat Permarkah Baru ini adalah rasmi kerana ia sudah digunapakai dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Itu tidak salah, cuma saya harapkan perkara seperti ini dilihat serius oleh pihak atasan.

Ada murid yang sudah menggaru kepala, melihatkan perubahan gred peperiksaan mereka. yang saya lihat disebarkan secara sembunyi-sembunyi ini. Mungkin ada Ibu-Bapa yang terkejut atau tertanya-tanya setelah melihat keputusan Gred dan Julat Markah anak mereka.
Previous
Next Post »