<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Jho Low Dedah Isu 1MDB

Bilionaire Malaysia Jho Low Dedah Isu 1MDB. Setelah diserang bertubi-tubi namun masih tidak berkata apa-apa, kini Jho Low tampil menafikan semua penglibatan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Apa kata Jho Low mengenai 1MDB? Berikut antara temual Jho Low oleh Wartawan majalah bisnes Euromoney di pejabat mewahnya di Hong Kong. Sumber: Antdaily.

Jho Low Dedah Isu 1MDB

Bagi Jho Low, ushawan muda berbangsa cina itu, Tempoh Kontroversi Isu 1MDB yang dikaitkan dengan dirinya adalah saat sukar sepanjang 33 tahun hidupnya, apabila menjadi sasaran serangan pelbagai pihak. Oleh itu Jho Low merasakan sudah tiba masanya untuk mengalihkan kemelut 1MDB daripada dirinya kepada isu yang sebenar-benarnya kepada tahap kecekapan mereka yang menjaga 1Malaysia Development Berhad tersebut. Benarkah Dana 1MDB bukan dari Duit Rakyat.

Saya sentiasa diserang. Sangat kecewa, tapi saya masih tak berkata apa-apa
— Jho Low

Setelah merasakan Kemelut 1MDB yang dikaitkan dengan dirinya sampai ke satu tahap yang mengarut. Bagaimana kesemua mereka menghala serangan ke atas dirinya. Seperti ada usaha terancang untuk mengatakan semua yang berlaku adalah salah Bilionaire Muda Cina ini, Jho Low menyebabkan 1MDB gagal kerana dianggap menjadi penasihat Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, yang akhirnya hancurkan ekonomi Malaysia.

Pendedahan Jho Low mengenai Skandal 1MDB

Pada mulanya berdiam diri dan menganggap kerajaan Malaysia akan berjaya menyelesaikannya. Namun tiba-tiba pihak 1MDB nampaknya cuba untuk melepaskan semua tanggungjawab dan seperti ada percubaan untuk menjadikan Jho Low sebagai tumpuan utama isu 1MDB dengan cara yang amat sistematik. Apa yang berlaku amat mengecewakan. Jho Low tidak pernah berhadapan serangan seperti ini sepanjang hidupnya.

Memang gila dan orang-orang Umno ini pakar putar belit. Mereka tahu benda-benda mengarut ini.
— Jho Low

Jho Low berpandangan bahawa beliau terpilih dijadikan sasaran kerana beliau seorang yang muda, memiliki wang yang banyak dengan cepat, dan yang paling provokatif. Lebih-lebih lagi dirinya seorang Cina yang berada dalam golongan elit bisnes Melayu melalui hubungan politik.

Wawancara Majalah Bisnes Euromoney bersama Jho Low ini mungkin ada makna tersendiri, atau mungkin juga sekadar drama. Namun gayanya seolah-olah memberitahu rakyat Malaysia bahawa, Jho Low sudah tidak tahan namanya dikaitkan dengan Skandal 1MDB.

Jho Low Dedah Isu 1MDB

Bilionaire Malaysia itu tidak rela dijadikan kambing hitam dalam semua hal yang berkaitan dengan 1MDB. Kini Jho Low seperti sudah sedia untuk menjarakkan dirinya dengan sahabat rapatnya dari Malaysia.
Previous
Next Post »