<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Format Baru UPSR Sains KSSR

Bentuk dan Format UPSR Baharu Sains KSSR. Perkongsian Kertas Soalan UPSR 2016 (KSSR) merujuk informasi dan maklumat dari warga pendidikan yang mengikuti kursus dan taklimat awal mengenai Pemarkahan dan Bentuk Soalan KSSR dalam Format UPSR Baru.

New / Extra: Format dan Contoh Soalan UPSR 2016 Instrumen KSSR (KPM) dan Bahan Penataran Format UPSR 2016 Semua Mata Pelajaran.

Format Baru UPSR Sains KSSR

Format dan Pemarkahan Soalan KSSR Sains UPSR ini bukan makluman rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkongsian adalah untuk makluman awal untuk warga pendidik di Malaysia. Memetik sumber dari Puan Noraidah Ahmad dari Page Guru Sains Sekolah Rendah.

Format Soalan KSSR SAINS UPSR

Bentuk Soalan Format KSSR Sains UPSR Baru. Format soalan untuk KSSR Tahap 2 informasi awal dari Mesyuarat Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Belum ditetapkan secara rasmi dan bertulis.

Jumlah Keseluruhan 30 Soalan. Tiada Bahagian A atau Bahagian B  dan Tiada Soalan Objektif. Item No 1-15 adalah soalan Kefahaman atau Fakta. Manakala Item No 16-30 adalah soalan KBAT.

  • No. 1-15 (15 item) x 1 Markah = 15
  • No. 16-20 (5 item) x 2 Markah = 10
  • No. 21-25 (5 item) x 3 Markah = 15
  • No. 26-30 (5 item) x 4 Markah = 20
  • Markah Peperiksaan: 60 Markah
  • Markah PBS: 40 Markah

Ramalan Kertas UPSR 2016 Format Baru ini masih tertakluk pada sebarang perubahan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkongsian ini merujuk sumber dari warga pendidik yang mengikuti kursus dan taklimat awal mengenai UPSR dalam KSSR mengikut negeri masing-masing.

Senarai Pautan UPSR lain

Contoh Bentuk Soalan KSSR untuk UPSR

Contoh dan Ramalan UPSR 2016 ini sekadar pencerahan untuk gambaran bentuk soalan Bahasa Malaysia UPSR 2016. Maka format ini bukan bentuk Rasmi yang ditetapkan, malah Lembaga Peperiksaan Malaysia masih tidak memuktamatkan bentuk rasmi dan masih dalam proses penambah baikan.

Menurut Sumber Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengeluarkan buku Contoh Bentuk Soalan KSSR untuk UPSR lebih awal. Bookmark halaman ini dan ikuti perkembangan UPSR Baharu dan Contoh Soalan UPSR 2016 (KSSR) yang terkini.

PERHATIAN
Untuk pengetahuan para guru dan ibu bapa, format baharu UPSR #KSSR 2016 yang dikongsikan ini adalah perkongsian awal dan merujuk perkongsian awal warga pendidik di laman sosial. Namun informasi ini belum dapat dipastikan kesahihannya dan mungkin akan berubah. Format Rasmi UPSR Tahun 2016 dan seterusnya masih belum diumumkan secara rasmi oleh #LPM Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sekiranya ada, pihak admin akan mengemaskini dan berkongsi kenyataan rasmi dikeluarkan oleh LPM dengan sisipan surat siaran/pekeliling secara rasmi.

Salam dan Doa Kecemerlangan Calon UPSR 2015 yang akan tiba tidak lama lagi, merujuk Jadual UPSR 2015 Lembaga Peperiksaan Malaysia. In Sya Allah Kejayaan 5A UPSR milik kita. Good Luck untuk semua.

Comments (10)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Bila agaknya format terbaru UPSR nak diumumkan secara rasmi? Kesian cikgu-cikgu dan murid-murid terpaksa berteka-teki untuk masa sekarang..
Kenapa tak boleh diumumkan awal supaya cikgu2 dan murid2 dapat bersedia awal? inilah efficiency yang ade? teruk betul.
2 replies · active 510 weeks ago
Mungkin mereka terpaksa memaklumkan di saat akhir seperti PT3 sebelum ni krn ada belum bersedia sepenuhnya.
sentiasa tertanya's avatar

sentiasa tertanya · 510 weeks ago

biasa dah sistem pendidikan kita mcm ni.....byk yang diubah..xtau lah apa niat sebenarnya..sama ada nak membebankan guru..ataupun nak eksperimen budak2...terima jer la apa2 pun..
TQ cikgu
tanpa nama's avatar

tanpa nama · 510 weeks ago

guru ni pun manusia biasa, bukannya robot.. dahlah masa ditambah, jadi kerani lagi, sukan lagi, kursus itu ini lagi.
1 reply · active 510 weeks ago
Format Baru ini tiada kaitan dengan bebanan kerja guru
Pada saya sebagai ibubapa, sepatutnya format tu diberitahu awal sebab sekurang-kurangnya boleh nak pantau dan beri latihan yang sepatutnya pada anak2.....ish saya cukup risau bila adanya perubahan tapi di implemention secara begini. Sepatutnya perlu beri persediaan pada pelajar dari sekarang, guru diberi awareness apa yg perlu diajar pada pelajar. Sepatutnya kena ambil pengajaran apa yg berlaku pada pelajar PT3 tahun lepas. Kesian pada anak2 dan ibu bapa. Frust kot kalau mak ayah beri penuh pemantauan utk anak2 amik exam, tapi disebabkan format yg baru effect result pelajar....
Sya amat brsetuju dgn komen anna. PT3 tahun lepas jls nyata,
spatutnya sudah boleh dijadikan ikhtibar & pengajaran kkpd pihak
yg berkenaan.
bagus juga

Post a new comment

Comments by


powered by Bot Libre
loading...