<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Pelaksanaan Pemberian (CRK) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2015

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2015. Menyelaraskan Pelaksanaan Pemberian Cuti Rehat Khas (CRK) berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005. Surat KP(PP)0069/6/3 Jld.10 bertujuan untuk Menyelaraskan Pelaksanaan Pemberian Cuti Rehat Khas (CRK) yang dinikmati oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Pelaksanaan Pemberian (CRK) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2015

Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2015 Pelaksanaan Pemberian Cuti Rehat Khas Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005



TUJUAN

Surat Pekeliling Perkhidmatan KP(PP)0069/6/3 Jld.10 bertujuan untuk menyelaraskan pelaksanaan pemberian Cuti Rehat Khas (CRK) yang dinikmati oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Surat Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 (PP 3/2005).

LATAR BELAKANG

Berdasarkan PP 3/2005, PPP yang mengajar layak menikmati CRK sebanyak 7 hari dalam satu tahun kalendar. Pada prinsipnya, pengambilan CRK adalah ditetapkan mengikut bilangan hari CRK yang layak diambil oleh pegawai berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun yang berkenaan. Kemudahan CRK adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa • sahaja. Baki CRK yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya namun boleh dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat pada setiap tahun.

TAFSIRAN

  • Ahli Keluarga: Suami atau isteri dan anak-anak pegawai.
  • Ahli Keluarga Rapat: Ibu bapa kandung, ibu bapa mentua, adik beradik, datuk dan nenek kepada suami/isteri pegawai.

PELAKSANAAN PEMBERIAN CUTI REHAT KHAS

Selaras dengan pelaksanaan dasar sedia ada, pemberian CRK sebanyak 7 hari layak diambil oleh PPP secara pro-rata (proportionate) mulai bulan Januari hingga Disember bagi sesuatu tahun. Waiau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, Ketua Jabatan boleh memberi kelulusan CRK melebihi bilangan yang dilayaki tanpa terikat dengan tempoh perkhidmatan yang melayakkan terhad untuk tujuan-tujuan berikut:

  • Menziarahi 'ahli keluarga' dan 'ahli keluarga rapat' yang sakit tenat atau meninggal dunia
  • Menziarahi upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai
  • Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya
  • Majlis konvokesyen bagi pegawai atau 'ahli keluarga'
  • Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi dalam atau di luar negara)
  • Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi
  • Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus
  • Perkahwinan pegawai atau anak pegawai.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

Pihak Berkuasa Melulus bagi permohonan CRK adalah Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar sekolah, mana yang berkenaan.

Tempoh CRK yang telah diambil secara pendahuluan mengikut tujuan-tujuan di para 5 di atas hendaklah dipulangkan dalam bentuk pemotongan emolumen pegawai sekiranya berlaku keadaan di mana pegawai tidak genap berkhidmat dalam satu tahun kalendar atas sebab cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti belajar, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah, pegawai meninggal dunia dalam perkhidmatan atau ditamatkan perkhidmatan.

TARIKH KUATKUASA

Surat Pekeliling Perkhidmatan 1n1 berkuatkuasa mulai tarikh Pekeliling Perkhidmatan dikeluarkan, iaitu 19 Mac 2015. Pemberian cuti hendaklah dikawal dan tidak diberi dengan sewenang-wenangnya sehingga boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ketua Jabatan hendaklah menggunakan budibicara secara bijak dalam mempertimbangkan pemberian CRK pegawai.
Previous
Next Post »