<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Pembaziran 90% Sel Otak Yang Tidak Berfungsi

Manusia menggunakan hanya 10% sel otak dalam keseluruhan kehidupannya. Jadi  90% bahagian  otak lainnya untuk apa. Manusia memang suka Komedi dan Seloka. Sedangkan Lawak Teori Darwin Manusia berasal dari Monyet masih segar jenakanya dan aku masih ketawa hingga kini. Mungkin Entri Masalah Minda Separa Sedar dan Suka Buat Pelan Baharu jadikan semua ini lebih unik.

Pembaziran 90% Sel Otak Yang Tidak Berfungsi

Tanpa ilmu yang tinggi, saya dengan beraninya untuk yakin ia satu kesilapan. Otak berada di kedudukan tertinggi, mulia dan paling berat dalam tubuh badan manusia. Adalah mustahil Allah menciptkan sesuatu pada manusia untuk disia-siakan begitu saja.  Merujuk Kisah Nabi Adam A.S dan proses pemilihan tanah dalam Penciptaannya. Mana mungkin diciptakan otak manusia dengan 90% sel otak yang tidak digunakan. Bukankah itu dinamakan pembaziran dan ia adalah sifat manusia dan bukannya untuk Maha Pencipta. Mustahil sesuatu yang diciptakan Allah adalah sia-sia tanpa tujuan.

Kajian Kefungsian Saraf Otak Manusia

Melalui Ujian Sinar dan Gelombang, hasil imbasan hanya 10% sebahagian kecil otak yang aktif dan berfungsi. Seterusnya Ujian Elektron yang dimasukkan ke satu sel saraf otak telah menemukan 90% sel saraf yang tidak aktif. Pembuktian yang tepat dari segi pengiraan matematik. Dua hasil kajian yang menyakinkan lalu membenarkan Teori Manusia hanya menggunakan 10% otaknya dalam kehidupan. Wallahu'alam bissawab.

Pembaziran 90% Sel Otak Yang Tidak Berfungsi

Walaupun begitu, aku tetap merasakan ia salah. 90% otak manusia tidak digunakan? Bukankah itu satu pembaziran. Teori Manusia menggunakan hanya 10% sel otak pastinya ada kesilapan di mana-mana. Demi masa, tunggu dan lihatlah.

Adakah teknologi yang mampu mengira sel otak aktif ini adalah hasil dari kebijaksanaan manusia dengan 10% sel otak aktif sahaja. 
— Hootoh

Walaupun ada yang mengatakan mungkin manusia akan datang lebih cerdik maka jumlah saraf otak yang berfungsi akan meningkat relatif dengan masa. Bukankah masa hadapan sesuatu yang ghaib. Jika ia benar-benar seperti itu sekalipun, 90% sel otak yang tidak digunakan oleh manusia zaman ini tetap menjadi satu pembaziran. Aku menggunakan iman Allah maha mengetahui dan maha bijaksana, Aku tetap menafikan teori tersebut.  dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya.
Previous
Next Post »