<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Pengisian Annex 29 Sekolah Terengganu Calon SBT 2015

Sekolah Pencalonan SBT 2015. Sebanyak 29 Sekolah Band 1 di Terengganu  terlibat dalam Pengisian Annex untuk Pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi 2015. Tahniah kepada semua warga pendidikan Terengganu dan terutamanya 29 Sekolah Band 1 Terengganu yang terpilih untuk Pengisian Annex bagi Pencalonan SBT 2015.

Pengisian Annex 29 Sekolah Terengganu Calon SBT 2015

Selain Taklimat Pengisian Annex, Jawatankuasa Sekolah Kecemerlangan Negeri telah mengadakan Tunjuk Cara pengisian di portal NKRA dan Sesi soal jawab mengenai Sekolah Berprestasi Tinggi. Extra Senarai Penuh Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia.

Rekod Tertinggi Sistem Band Sekolah  di Terengganu

Tahun 2014 Sekolah di Terengganu mencapai rekod tertinggi sejak Sistem Band Sekolah diperkenalkan, iaitu 29 buah sekolah rendah di mana lima daripadanya sekolah SBT. Selain itu, UPSR 2014 Terengganu telah mengungguli UPSR Kebangsaan dalam Pencapaian 5A Terbaik, GPS Terbaik dan LSMP Terbaik. Kejayaan ini adalah hasil Usaha Warga Pendidikan di seluruh Terengganu.

Sekolah Pencalonan SBT 2015 Terengganu

Kepada 29 Sekolah Band 1 yang terpilih dalam pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi 2015 perlu melakukan Pengisian Annex dengan seratus peratus dan tiada sebuah sekolah Band 1 satupun tercicir. Hingga kini sekolah rendah mempunyai 12 buah SKK dan 5 SBT. Sementara sekolah menengah memiliki 6 SBT dan 12 SKK. Semoga jumlah sekolah kecemerlangan Terengganu meningkat dengan pengumuman SKK Fasa 9 nanti.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu #JPNT berjanji akan membantu sekolah yang melepasi "exit target" yang akan diverifikasi melalui peruntukan yang dibenarkan oleh peraturan kewangan. Pengisian Annex 29 Sekolah Terengganu Calon SBT 2015. Semoga semua sekolah akan dapat membuat pencalonan awal dengan seratus peratus dan tiada sebuah sekolah Band 1 satupun tercicir.
Previous
Next Post »