<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Logo dan Tema Hari Kemerdekaan 2015 Malaysia

Download Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2015. Malaysia National Day 2015. Tema Sambutan Merdeka  tahun 2015 ialah Sehati Sejiwa. Lirik dan Lagu Tema Hari Kebangsaan 2015 Malaysia. Bermula tahun ini, Sambutan Kemerdekaan Malaysia dimaklumkan tidak lagi menggunakan ulang tahun sambutan seperti sebelumnya. Tiada lagi jumlah sambutan dan hanya tahun yang digunakan. Semua ini demi menyeragamkan sambutan antara Sarawak dan Sabah (16 September) dan Semenanjung (31 Ogos). Pautan #Malaysia Sehati Sejiwa Mp3 Download.

Sambutan tahun ini tidak lagi disebut Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke berapa... Bermula pada tahun ini hanya akan dikenali sebagai sambutan Hari Kebangsaan 2015 dan Hari Malaysia 2015. Sila rujuk minit ke (3:13). Rasa macam Thailand pulak yang tiada Hari Kemerdekaan kerana Tidak pernah dijajah oleh Negara lain. Thailand hanya sambut Hari Kebangsaan pada Dec 5 (Thailand National Day).Manakala Lagu Nasionalnya pula Phleng Chat Thai (National Anthem of Thailand).  Sawadikap...
— Hootoh Patriot

Logo Hari Kebangsaan 2015 Malaysia

Melihat Logo Hari Merdeka Malaysia jelas menggambarkan seluruh rakyat malaysia satu hati dan satu jiwa berdiri megah bersama kerajaan meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Tahun 2015. Olehitu Program Hari Kemerdekaan 2015 perlu menekankan kepada Perpaduan dan Bersatu apabila "Sehati Sejiwa" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015. Download logo Merdeka 2015 #sehatisejiwa

Logo Hari Kemerdekaan 2015 Malaysia

Pemilihan Tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek  Sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan #SEHATISEJIWA telah dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Logo dan Tema Hari Kemerdekaan 2015 Malaysia

Buat julung-julung kalinya, rakyat Malaysia tidak lagi perlu menyebut sambutan ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini sebagai sambutan yang ke-58. Hal ini dapat mengelakkan konflik oleh sebab Malaysia meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Oleh hal yang demikian, sambutan pada tahun ini hanya akan dikenali sebagai sambutan Hari Kebangsaan 2015 dan Hari Malaysia 2015. 

Logo Merdekaan Malaysia 2015

Apa Tema Hari Kemerdekaan 2015

Tema Hari Kebangsaan 2015 ialah Sehati Sejiwa yang menggambarkan perpaduan, kesefahaman, bersatu seluruh rakyat Malaysia. Selain melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. ia turut membawa maksud budaya seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu dan bekerjasama serta bersatu dalam apa jua kejayaan dan rintangan yang berlaku di negara yang tercinta.

Lirik dan Lagu Tema Hari Kebangsaan 2015 Malaysia



Malaysia Sehati Sejiwa

Demi... tanah yang bertuah
Taman... cinta merdeka..
Kasih... di hatiku ini
Untukmu... tanah pertiwi...

Dari... utara selatan
Juga... timur ke barat
Turut gagah... Sabah Serawak
Sehati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya.

Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu

Sehati sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera...
Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban

Malaysia Sehati Sejiwa

Lagu: Muhammad Yuri Edris
Lirik: Siso Kopratasa & Yuri Edris
Penyanyi: Alif Satar/choir Gemersik Chorus
Penyanyi Latar: Gemersik Chorus

Slogan Bersatu Sambut Hari Kebangsaan

Hari Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang agama, bangsa dan negara. Semenjak merdeka, seluruh rakyat Malaysia sehati sejiwa dalam menempuh apa jua cabaran yang mendatang. Semoga rakyat Malaysia hidup dalam rukun damai dan sentiasa bersatu.

Program Hari Merdeka 2015 Sehati Sejiwa

Pada 31 Ogos setiap tahun, seluruh premis dan rakyat Malaysia akan mengibarkan jalur gemilang sebagai tanda. Majlis sambutan Hari Kemerdekaan juga disambut di seluruh sekolah di bawah Kementerian Pendidikan demi memupuk semangat nasionalisme dan rasa cintakan negara di kalangan murid dan penduduk setempat. Sumber: Info, Gambar dan Logo Hotoh Media.
Previous
Next Post »