<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Seronok Melampau! Kalau Aku Tahu Sejak Dulu

Aktiviti Rahsia yang terpaksa aku dedahkan kepada umum demi inspirasi kehidupan insan. Rupa-rupanya ada nikmat hidup yang lebih besar dari semua itu. Keseronokan Melampau! Kalaulah ku tahu sejak dari dulu, Sumpah masa di bangku sekolah lagi akan aku lakukannya. Terasa seakan satu kerugian pula kehidupan yang sebelum ini. Namun aku amat Bersyukur kepada Allah! Kerana semua ini berlaku dengan izin-Nya jua. Sungguh Luar Biasa bila Mata Jiwa ini dibuka..

Seronok Melampau! Kalau Aku Tahu Sejak Dulu

Apakah Aktiviti yang Hebat itu? Tapi sebelum itu, tahukah kita, usaha mempertahankan keikhlasan diri yang sebenar bukannya satu perkara yang mudah. Apatah lagi dengan budaya kehidupan Masyarakat masa kini. Keikhlasan adalah nilai murni dan amalan baik dalam kehidupan. Apakah maksud Keikhlasan yang kita fahami. Perlakuann baik kepada insan lain tanpa sedikitpun mengharapkan balasan atau pujian dari orang diperlakukan

Jadi adakah perlakuan baik itu sia-sia saja. Sudah tentu tidak, Allah telah menjanjikan pahala untuk manusia yang membantu orang lain dan lagi tambahan pahala sekiranya ianya ikhlas. 
— Hootoh Tudia

Seronok Melampau! Kalau Aku Tahu Sejak Dulu

Namun padaku, jika tiada dijanjikan ganjaran pahala sekalipun, tidak mengapa. Cukuplah mengekalkan perasaan gembira dan bahagia luar biasa ketika dapat membantu insan lain di sekelilingku. Adakah perasaan Bahagia bila orang lain Bahagia adalah sesuatu yang aneh.

Tolonglah! Jangan buat Muka Aneh

Adakah masih belum jelas Aktiviti yang Seronok Melampau itu. Ya! Melakukan sesuatu yang dapat Membantu orang lain dengan rasa ikhlas. Itulah aktiviti yang dapat membuat hatiku begitu gembira. Adakah aku ketinggalan zaman? Aku akui aktiviti sebegini tidak berapa Bergaya Stylo dan tidak menyerlahkan Imej Brad Pitt dalam kehidupan Lelaki Kacak sepertiku. Tapi, aku betul-betul rasa bahagia bila dapat membatu orang lain. Apa nak jadi, jadilah. Tapi tolonglah! Jangan Buat Muka Aneh setelah aku dedahkan semuanya disini.

Restoran Mewah dengan Warong Mamak

Mungkin aku tidak merasa seronok seperti orang lain bila dapat melancong ke luar negara. Hidup aku juga tidak berasa sangat gembira dan tidak pula teruja dengan pakaian berjenama. Oleh itu aku lebih sanggup membelanjakan duitku untuk aktiviti rahsia yang menyeronokan itu. Aku juga hairan bila pancaindera deria rasaku yang tidak menggemari makanan-makanan mewah. Sungguh! telah aku cuba dan bandingkan berkali-kali, rasa kenyang antara Restoran Mewah dengan Warong Mamak tetap sama, perbezaannya cuma harga semata-mata. Kadang kala timbul persoalan dalam diriku, Mungkinkah aku akan dibenci orang dengan gaya hidup sebegini?

Bila ditanya tidakkah aku berasa bosan dengan kehidupan ini. Mungkin ia adalah kehidupan yang paling membosankan. Tetapi setelah aku jumpa satu aktiviti yang sungguh hebat dan amat menyeronokkan, perkara-perkara lain seperti di atas hanyalah biasa-biasa saja bagiku. Rupa-rupanya ada nikmat hidup yang lebih besar dari itu semua. Seronok Melampau! Kalaulah ku tahu sejak dulu, dari bangku sekolah lagi akan aku lakukannya. Terasa seakan satu kerugian pula kehidupan sebelum ini. Namun aku amat Bersyukur kepada Allah! kerana semua ini berlaku dengan izin-Nya jua. Rasa yang luar biasa bila Mata jiwaku ini terbuka.. Seronok Gile!

Akan Tiba Masanya! Bila Mata Jiwa Terbuka

Alhamdulillah atas nikmat keseronokan hidup dan kesenangan dalam hati ini disaat aku membantu dan memudahkan urusan orang lain. Kekalkan rasa bahagia ini di sepanjang hidupku. Syukur kepada Allah kerana memberikan aku kesihatan dan rezeki untuk terus membantu insan lain. Semakin ku hulur bantuan semakin Bahagia kehidupanku. Andainya aku dapat membantu sejuta orang, sungguh! tak dapat aku bayangkan bertapa seronoknya hidup aku ini.
Previous
Next Post »