Benarkah Wanita Malaysia akan dipersalahkan dalam Kes Rogol, Zina dan Sumbang Mahram. Beberapa perkara saya agak bersetuju dengan pendapat Cecilia Jeyanthi Victor dan Chong Eng yang tampil sebagai aktivis berani dalam perihal sensitif sebegini. Malah, saya juga sama, turut berpendapat Pemikiran Cauvinis dalam era Malaysia moden amat menyedihkan. (Cauvinis: adalah Fahaman yang cinta tanah air dan bangsa (patriotik), sangat berlebihan, dan membuta tuli dalam keunggulan dan keberanian nasional). Siapa Cecilia Jeyanthi Victor.
Gambar Hiasan
Namun gaya pemikiran cetek yang dikatakan Aktivis wanita dan ahli parlimen DAP Pulau Pinang, Chong Eng itu tidak semestinya mencerminkan ajaran Islam. Malah saya tidak bermaksud mengatakan keyataan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah salah.
Izinkan saya menulis beberapa perkara merujuk ilmu agama yang diajar oleh ustaz ketika saya di alam persekolahan dulu. Sebelum itu ingin saya tegaskan, Islam itu Kecantikan dan Islam juga Agama yang penuh keseronokan. Islam menetapkan etika berpakaian yang sederhana dengan implikasi paling sempurna sepanjang zaman.
Menyalahkan Wanita kerana Memprovokasi Lelaki
Cecilia Jeyanthi Victor dan Chong Eng merujuk dari sebuah khutbah baru-baru ini, Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyalahkan wanita kerana memprovokasi lelaki di atas serangan seks yang dilakukan ke atas mereka. Jais menggesa wanita Islam untuk menutup badan mereka dari mata keranjang lelaki untuk mengelak daripada menjadi mangsa rogol, zina dan sumbang mahram.
Wanita mempunyai kehendak bebas untuk berpakaian dalam apa jua cara yang mereka mahu, selagi mereka berpakaian dengan sesuai. Mengapakah wanita yang disalahkan apabila mereka diserang secara seksual! Adakah kita mengatakan bahawa seseorang lelaki tidak harus berasa bersalah kerana merogol seorang wanita?
— Cecilia Jeyanthi Victor
Apabila sesuatu kes berlaku dan merujuk Undang-undang dan Hukum Islam perbicaraan melalui proses pengadilan yang telus akan dilakukan dan mangsa akan dibela seadilnya manakala masyarakat dan pesalah akan disedarkan melalui proses tertentu agar tidak mengulangi keslahan di masa akan datang. Kesimpulannya pesalah akan diambil tidakan dan mangsa akan diberi pembelaan. Soal perbezaan jantina tidak langsung menjadi faktor dalam proses keadilan. Maka, persoalan "Mengapa wanita yang dipersalahkan dalam kes rogol" tidak wujud sama sekali.
Hukum Islam tidak hanya menyalahkan Wanita
Sekiranya berlaku jenayah seksual, Hukum dalam Islam tidak sekali-kali hanya menyalahkan wanita. Walaupun pakaian mereka memberi provokasi kepada lelaki. Peraturan dan Hukuman islam tidak selucu itu. Kenyataan hanya menyalahkan wanita telah buatkan Saya ketawa lebih dari 5 minit. Malah tidak mungkin Jais boleh bermaksud seperti itu. Saya yakin ada berlaku salah faham dalam perkara tersebut.
Wanita Islam Menjaga Aurat Menutup Badan
Wanita Islam jika (menjaga aurat) menutup badan mereka dapat mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa rogol, zina dan sumbang mahram. Selain tuntutan agama, ia juga langkah keselamatan yang dapat mngelakan sesuatu yang buruk dari berlaku. Berusaha mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku adalah sesuatu yang normal bagi manusia.
Kod Pemakaian atau Cara Pemakaian Wanita Islam adalah bertujuan menjaga nilai dan kualiti pada seseorang wanita. Ia juga menunjukkan Agama Islam amat menghormati kelebihan dan kekurangan yang ada pada seorang wanita. Malah melalui Etika Berpakaian , Islam tidak pernah menyatakan cara berpakaian adalah faktor utama berlaku jenayah seksual, namun ia ada sedikit menyumbang kepada keinginan awal melakukan jenayah tersebut.
Jika diumpamakan seperti arca emas. ahli keluarga dan saudara tidak mungkin membiarkan arca di perkarangan rumah dan bergelimpangan. Seperti emas yang besar nilainya pastinya tanpa diminta ia tetap akan menarik perhatian mata sesiapa yang memandang. Namun ia normal jika ada yang terdetik untuk mencurinya. Apakah mungkin seseorang itu membiarkan arca emas terdedah supaya timbul keinginan orang ramai mencurinya. Sudah pasti ia dibalut kemas dan dijaga rapi. Hingga suatu hari tiba jodoh ditetapkan, maka arca emas itu akan diserahkan kepada pemilik barunya. Bagaimana Arca itu dijaga, ia sudah menjadi tanggungjawab pemilik baru itu.
Islam mengjangkaui masa dan pemikiran manusia
Pemakaian cara islam menunjukkan wanita memiliki status tinggi dan nilai perlu dihargai. Seandainya Non Muslim di luar sana menganggap cara berpakaian islam semata-mata untuk mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa rogol, zina dan sumbang mahram, ia satu kesilapan besar. Sesuatu perkara yang ditetapkan Islam ia mengjangkau masa dan pemikiran manusia. Agama Islam bukannya digubal oleh manusia, mana mungkin ia dinilai dan difahami dengan maksud selapis seperti itu. — Hotoh Tudia
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email