<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Kata-Kata dan Bahasa Badan Lelaki Ketika Membeli Belah

Rahsia dan Maksud di sebalik Kata-Kata seorang Lelaki ketika Membeli Belah. Selain Bahasa Badan Lelaki yang ada Maknanya tersendiri, Kaum Lelaki juga sering menggunakan Bahasa Rahsia di sebalik Kata-kata yang diucapkan seharian. Semoga menjadi Panduan Hidup untuk semua.

Kata-Kata dan Bahasa Badan Lelaki Ketika Membeli Belah

Setiap Ucapan kata Lelaki ada Makna lain atau Maksud Tersirat yang tersendiri. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk ditafsirkan kerana Maksud Kata-Kata dan Bahasa Badan Lelaki adalah berbeza-beza bergantung pada situasi atau keadaan. Memahami maksud lapis kedua kata-kata dan bahasa badan lelaki pasti akan menjadikan hubungan terjalin lebih erat.

Rahsia dan Maksud di sebalik Kata-Kata seorang Lelaki

Ketika sedang membeli-belah Si Lelaki memiliki bahasanya yang tersendiri dan miliki maksud rahsia disebaliknya. Pengertian tersirat disebalik kata-kata dan bahasa badan seorang Lelaki. Berikut dikongsikan 13 Kata-Kata dan Bahasa Badan Lelaki ketika membeli belah. Lelaki sangat berharap Maksud tersirat ini difahami kaum wanita tanpa perlu pengucapan terus.

13 Kata-Kata dan Bahasa Badan Lelaki ketika membeli Belah

Apabila ditanya Si Perempuan berapa harga barang yang dibeli dan Si Lelaki menjawab, "Entahlah, saya lupa. Dua lima ringgit rasanya." Sebenarnya harga barang itu lebih mahal mungkin lebih mahal RM15 atau 2 kali ganda daripada harga yang disebutnya dan dia ingat harga sebenar.

Apabila Si Lelaki ditanya Si Perempuan, "Boleh saya beli.. hari ini?" Apabila dijawab, "Belilah banyak pun tidak mengapa." atau seerti dengannya, itu bermaksud dia ada duit. Pandai-pandai Si Perempuan ayat mahu beli benda lain. Jangan ditanya, "You ada duit ke?" "Datang dari mana?" Minta sahaja barang yang Si Perempuan mahu.

Apabila Si Lelaki berkata, "Kita beli barang ini ya." merujuk barangan peralatan rumah seperti vakum, penyapu, penyodok atau apa sahaja peralatan dalam rumah. Itu bermaksud dia sedang rajin dan mahu buat kerja rumah. Cakap sahaja, "You mahu beli, You beli sahaja." Jangan banyak soal. Nanti puan akan seronok melihat gelagat Si Lelaki mengemas rumah.

Apabila Si Lelaki bertanya, "Awak mahu keluar membeli hari ini?" Itu bermaksud dia mahu beli barang juga.

Apabila Si Lelaki berkata, "Saya mahu keluar beli barang sekarang." Itu bermaksud dia ada kerja segera untuk disiapkan melibatkan barang yang ingin dibeli itu. Tetapi jangan pelik, apabila pulang dia tidak buat apa-apa. Itu bermaksud plannya berubah sewaktu balik dari beli barang atau barang itu tidak ada di kedai dan dia sudah tiada motivasi mahu buat.

Apabila Si Lelaki membeli peralatan pelik-pelik, usah ditanya apa-apa, biarkan sahaja. Ada sesuatu kerja yang ada dalam fikirannya, walaupun ada yang hangat-hangat taik ayam sahaja. Asalkan janganlah barang terlalu mahal.

Apabila Si Lelaki beli barang tertentu dan Si Perempuan bertanya barang itu. Dia menjawab mahu lakukan perkara sekian-sekian. Pada hari itu, jangan diganggu jadual kerja yang sudah ada dalam kepalanya. Jika mahu ke mana-mana, tanya dahulu Si Lelaki. "You ada mahu siapkan apa-apa kerjakah hari ini?"

Apabila Si Lelaki ditanya Si Perempuan untuk membeli barang tertentu dan dia menjawab, "Lain kalilah kita beli." Itu bermaksud sama ada dia tiada duit dan mungkin lari bajet, atau barang itu terlalu mahal, atau dia memang kedekut atau dia sedang berjimat cermat untuk menyimpan duit.

Apabila beratur di kaunter bayaran dan Si Lelaki melihat wang dalam dompetnya, dia sedang mengira-ngira duitnya cukup atau tidak untuk bayar.

Apabila Si Lelaki menunggu di depan cashier selepas barang diimbas, bermaksud dia akan bayar barang yang dibeli.

Apabila Si Lelaki bergerak melebihi kaunter dan tidak bercakap apa-apa, dia memang tiada duit untuk bayar. Sangat Memalukan, namun berharap Si Perempuan memahaminya.

Apabila Si Lelaki bergerak melebihi kaunter dan bertanya, "Awak bawa duit?" Itu bermaksud dia ada duit tetapi tiada wang tunai waktu itu.

Apabila Si Lelaki bertanya, "Awak ada bawa duit cukup?" Itu bermaksud dia mahu atau boleh tambahkan dengan wangnya sekali.
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
16 February, 2015 delete

wahh setuju setujuu! hehe

Reply
avatar
Bellicose
AUTHOR
17 February, 2015 delete

Apabila Si Lelaki bergerak melebihi kaunter dan tidak bercakap apa-apa, dia memang tiada duit untuk bayar. Yang ni serius... harap sangat2 boleh faham :D :D

Reply
avatar