<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Bayangan Wawasan 2020 di Fikiranku

Gambaran Malaysia di tahun 2020. Memori Tahun 1991, ketika itu Aku Darjah 5 dan Wawasan 2020 juga diperkenalkan. Aku kurang jelas apa itu wawasan? Walaupun diterangkan beberapa kali oleh Guru Besar di perhimpunan mingguan sekolah, aku masih tidak faham 9 Matlamat Utama Wawasan 2020. Mungkin aku lebih berminat berasak-asak di hadapan papan kenyataan dengan murid lain semata-mata tarikan poster Gambaran Malaysia di tahun 2020 nanti.

Bayangan Wawasan 2020 di Fikiranku

Wah! ia lebih hebat dari Kartun Space Cop Gaban. Oh Malaysia! Bayangan Wawasan 2020 Kami sangat Teruja.

Gambaran Malaysia di tahun 2020

Nanti di Tahun 2020.. Benarkah Malaysia Sehebat itu. Guru aku menceritakan mengenai bangunan dengan rekabentuk aneh, teknologi kereta terbang dan robot-robot yang membantu manusia dalam urusan seharian. Melihat kejayaan Kereta Pertama Malaysia Proton Saga. Aku merasakan Tidak mungkin guruku berfantasi. Itulah Tahun 2020 di Fikiranku.

Bendera Malaysia Berkibar Sungguh Megah

Setiap kali perkataan Wawasan 2020 disebut Kelas menjadi riuh rendah, imaginiasi aku tak dapat digambarkan. Wawasan 2020 membuat aku dan rakan lain amat megah dan bangga ketika menyanyikan lagu Negaraku. Seandainya telah wujud K-Pop ketika itu, aku lebih bangga dengan Irama Malaysia, semuanya kerana Wawasan 2020.

Adakah Mereka Akan Rasa Megah

Kini aku menjadi Guru, Tinggal 5 tahun lagi untuk ke Tahun 2020. Kepada guru yang pernah mengajar aku ketika di Tahun 5 dahulu, jutaan penghargaan atas kejayaan menyemarakkan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Aku juga ingin menjadi sehebat guruku. 

Tetapi, seandainya muridku bertanya mengenai Wawasan 2020, aku amat khuatir.. Mampukah aku membuat murid-muridku teruja dan kagum mengenainya? Mampukah aku mencipta Kereta Terbang dalam tempoh 5 Tahun lagi..
Previous
Next Post »