Golf menjadi Sukan Rakyat tidak lama lagi. Pembangunan golf di Malaysia untuk seluruh rakyat berbilang bangsa. Begitulah nampaknya impian murni dan cita-cita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk negara. #golfrakyat #Sukan
Sebagai rakyat Malaysia saya sangat bersetuju dengan Sukan Golf Rakyat dan beranggapan sukan-sukan lain di Malaysia semuanya sudah gemilang dan hebat-hebat belaka (pejam mata sambil geleng kepala). Entri ini tiada kaitan dengan Kes Raja Bomoh Malaysia Main Golf Halau Hantu Raya. Tetapi Anak-anak Nelayan pun Bermain Golf ia kata-kata Najib Razak.
Ini Cerita Lain Pasal Hantu Raya |
Beza Najib vs Jokowi
Ada perbezaan impian dan cita-cita yang amat ketara antara dua kepala negara berjiran ini. Jokowi Presiden ke-7 Indonesia mungkin menganggap sukan golf bukan untuk orang desa, tetapi Dato Sri Najib Razak tidak beranggapan yang sama. Tidak lama lagi di Malaysia Sukan Golf akan dimainkan semua lapisan rakyat berbilang bangsa. Majulah Sukan Untuk Negara.
Saya wong kampung, nggak ngerti golf. Saya bisanya nyangkul. Saya itu tidak bisa main golf
— Jokowi
Saya diberitahu, di Kedah, anak-anak nelayan turut bermain golf
— Najib Razak
Sukan Golf selalu dianggap sukan berprestij yang dimainkan golongan elit dan bangsawan di Malaysia. Namun dalam ketidakstabilan iklim, situasi semasa dan suasana di Malaysia hari ini, timbul rasa aneh melihat Perdana Menteri amat bersungguh menjadikan Golf sebagai sukan untuk semua lapisan rakyat berbilang bangsa.
Sukan Golf Rakyat Malaysia
Namun saya berharap Kesungguhan Golf Perdana Menteri bukannya atas dasar tamparan hebat dari rakyat Malaysia kerana Isu Golf Diplomatik beliau bersama Obama Presiden Amerika di Hawaii tempoh hari. Selain saya Tidak juga merasakan Idea Sukan Golf Rakyat ini timbul kerana rasa tercabar dengan Gurauan Jokowi bertemu Najib Razak dalam Lawatan Rasmi ke Malaysia tempoh hari. Rujuk Kata Gurauan Jokowi untuk Najib Razak.
Cita-cita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengubah persepsi itu. Beliau percaya sukan yang memerlukan bola kecil dimasukkan ke lubang itu mampu menjadi sukan rakyat. Beliau juga berharap, sukan golf dimainkan segenap lapisan masyarakat dan satu hari nanti, akan ada pemain Malaysia menjadi tokoh sukan golf tersohor di arena antarabangsa. Rasa Cinta Perdana Menteri pada Sukan Golf dapat dilihat dengan Sumbangan RM2 juta Najib Razak bagi pembangunan golf. Sukan Golf diperkenalkan di sebelas buah sekolah di Malaysia oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA).
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email